PASAR TANI KOTA WARISAN

Maklumat Lanjut

“PASAR SEGAR MESRA PENGGUNA”

Pasar Tani Kota Warisan, Sepang ini telah ditubuhkan pada 24 Disember 2014, beroperasi pada setiap hari Rabu, bermula 4.00 petang hingga jam 10.00 malam. Pasar Tani ini adalah satu inisiatif pintar dilakukan oleh pihak FAMA dalam usaha mendekati masyarakat untuk menggalakkan mereka dalam membeli barangan segar, hasil tempatan, dan membantu menjimatkan lagi belanja dapur dan seterusnya belanja bulanan mereka secaranya amnya.

Antara komoditi popular yang terdapat di Pasar Tani Kota Warisan ini adalah seperti ikan laut dan darat segar, ayam dan daging segar, sayur-sayuran tempatan dan ulam-ulaman kampung dibawa terus dari ladang, buah-buahan tempatan segar, pelbagai jenis telur seperti telur ayam pelbagai gred, telur kampung, telur masin, telur puyuh dan tak kurang juga barangan keperluan seperti lesung batu, besen, sehinggalah ke berus pakaian juga ada dijual di pasar tani ini. Memang meriah, bukan?

Di sini ada banyak jenis makanan enak lagi segar. Di sini ada pizza hasil air tangan anak bumiputera muslim tempatan. Nak perisa apa? Ada chicken pepperoni, chicken blackpepper, sausage mushroom, dan banyak lagilah. Sungguh, bila dah ada depan gerai, mata pasti rambang nak pilih mana satu. Semua dibakar segar depan mata. Harga jangan cakaplah, memang mampu milik.

Kalau nak tahu, pasar tani ini memang tak ubah macam berada di lapangan terbang antarabangsa, KLIA. Di sini kita boleh lihat banyak jenis bangsa dan warga asing. Ini kerana lokasi pasar tani ini cukup berdekatan dengan Universiti Xiamen, dan juga Stesen Transit ERL Salak Tinggi. Memang unik lagi meriah.

Jadi, tak hairan bila menu makanan yang dijual di sini ada yang berunsurkan barat, tradisional, versi ‘hispter’ dan macam-macam lagi. Selain Pizza Al Mizan, di sini popular dengan Yong Taufu, Kambing Grill dengan sos padunya, karipap dan aneka charkoi, apam balik pelbagai jenis inti, murtabak, buah-buahan potong, dan paling seronok bila terdapat gerai yang menjual berderet pelbagai jenis perisa air. Nak beli dalam cawan, boleh. Dalam plastic pun boleh. Macam-macam perisa ada. Pilih dan tunjuk saja, ada lebih 10 balang air menanti anda.

Di sini pun ada menjual ubat-ubatan tradisional yang banyak khasiat dan kegunaannya. Pada mereka yang membawa anak-anak kecil, di sini juga ada menjual aneka permainan dalam harga murah dan berpatutan. Tak salah jika anda beli jiwa anak-anak sekali sekala kerana mereka adalah insan yang layak dihargai.

Jadual

Maklumat
Alamat Taman Perumahan Kota Warisan
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 12-04-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 12-04-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 12-04-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 12-04-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 12-04-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 12-04-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 12-04-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 18.00 19.00 1.00 12-04-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 12-04-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 12-04-2019
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 12-04-2019
12 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 12-04-2019
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 12-04-2019
14 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 12-04-2019

Penginapan Berhampiran