PASAR TANI MAEPS, SERDANG

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Maeps, Serdang ini dibuka setiap hari Sabtu, bermula jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Di sini ada dijual cendawan goreng rangup, keropok lekor pelbagai jenis, takoyaki super sedap, acar buah dan kacang panggang, pau pelbagai jenis inti, nasi lemak berempah yang memang cukup rempahnya…

Baik, sambung lagi. Ada menu dimsum pelbagai jenis, ada air balang pelbagai rasa, nasi pelbagai jenis lauk pauk dari serata negeri, gulai kawah, pulut mangga bersantan (mesti cuba), sate ayam dan daging, biskut yang beraneka rasa dan jenis, kerepek, buah-buahan kering dan sunnah dan banyak lagi.

Komoditi popular di sini terlalu pelbagai, sebahagiannya adalah seperti ikan laut, ikan darat, ikan kering, ikan masin, bilis pelbagai gred, hasil laut segar seperti udang, sotong, ketam, daging segar, sayur-sayuran segar dari kebun dan ladang, tanaman jangka pendek seperti ulam-ulaman dan banyak lagi. Penggemar cendawan pula, nah di sini anda boleh temui pelbagai jenis kulat dan cendawan yang menjadi kegemaran anda mahupun keluarga.

Pelbagai jenis tanaman pokok dan tanaman herba juga ada di sini. Bukan sekadar itu saja, ada juga gerai menjual pelbagai jenis akar-akar kayu dan herba-herba hutan yang sukar didapati. Bagi anda yang mencari daun stevia, bunga kembang semangkuk, minyak urut pelbagai jenis dan kegunaan, manjakani, uncang hempedu bumi, dan banyak lagi herba-herba terbaik dunia, anda boleh terus ke gerai yang terdapat di Pasar Tani Maeps, Serdang ini.

Pasar Tani Maeps Serdang ini sangat mesra pengguna di mana terdapat kemudahan parkir kenderaan adalah amat banyak dan mudah didapati. Selain dari itu, terdapat kemudahan food court terbuka seperti di Pasar Tani Shah Alam yang sememangnya amat mesra pengguna dan banyak kelebihannya.

Jika anda seorang penggemar alatan senjata tradisional dan lama, di sini juga terdapat gerai yang menjual ratusan alatan seperti keris, parang dan pelbagai jenis cincin berukir khusus buat kaum lelaki. Ketelusan dan kehalusan seni ukir yang diperlihatkan benar-benar mampu menambat hati sesiapa jua yang melalui gerai ini. Percayalah, anda pasti akan menyinggah walau sebentar ke gerai ini.

Jadual

Maklumat
Alamat TAPAK PARKIR MAEPS, SERDANG
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran