PASAR TANI PUTRA HEIGHT, SUBANG JAYA

Maklumat Lanjut

Tak tahu nak buat apa Hari Ahad pagi? Jom jalan-jalan cuci mata ke Pasar Tani Putra Heights, yang terletak di Subang Jaya. Dibuka pada setiap hari Ahad pagi bermula jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, pasar tani ini tidak keterlaluan boleh digelarkan sebagai Mini Uptown yang bersiaran pada waktu pagi.

Ada macam-macam jualan di sini, tidak hanya terhad kepada sayur-sayuran sahaja. Ramai salah faham mengenai kewujudan pasar tani adalah semata-mata menjual sayur dan hasil ternakan sahaja. Tak kenal maka tak cinta. Jadi, nak kenal kenalah perlahan-lahan mendekati pasar tani yang ada berdekatan dengan kawasan anda.

Jom, kita kenal Pasar Tani Putra Heights, Subang Jaya ini jika anda adalah orang yang tidak pernah jejak walau sekali ke pasar tani.

Di Pasar Tani Putra Heights ini terdapat macam-macam jenis komoditi yang diperdagangkan. Biasanya hasil laut seperti ikan laut, ikan darat, ikan kering dan ikan masin, kerang, sotong, udang galah, pasti ada dijual di pasar tani.

Begitu juga dengan hasil ternakan darat seperti ayam segar, ayam kampung, ayam pencen, daging lembu segar, sayur-sayuran dan tanaman jangka pendek, buah-buahan tempatan dan import, dan tidak ketinggalan terdapat juga gerai menjual pokok-pokok hiasan dan anak pokok dan benih tanaman yang pelbagai di pasar tani ini.

Jika sukar bagi anda untuk mendapatkan stok kambing segar, nah, di sini ada dijual daging kambing segar yang baru disembelih khas buat anda.

Bagi anda yang sudah biasa mengunjungi pasar tani ini pula, selain dari membeli barang basah dan kering, pasti tidak akan ketinggalan membeli juadah makanan dan minuman untuk di bawa pulang.

Antara menu popular di sini adalah seperti Nasi Ayam Berempah, Nasi Berlauk, Nasi Ambeng Puyuh Berempah, Yong Taufu, Potato Twister, Muffin pelbagai perisa, Durian Crepe, Apam Balik dan tidak ketinggalan Nasi Lemak Beratur Panjang.

Jika perut rasa lapar, berhenti sebentar. Di sini juga ada food court terbuka yang turut dipanggil sebagai Medan Selera Pasar Tani Putra Heights, Subang Jaya.

Mudah saja nak ke pasar tani ini. Mercu tanda paling mudah untuk anda jadikan rujukan adalah Bank Islam Putra Heights, Subang Jaya.

Jadual

Maklumat
Alamat BELAKANG BANK ISLAM PUTRA HEIGHT & BERHAMPIRAN GIANT PUTRA HEIGHT
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 25-05-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 25-05-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 25-05-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 25-05-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 12.30 13.00 0.70 25-05-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 25-05-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 25-05-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 25-05-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 6.60 7.00 0.40 25-05-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.30 3.70 0.40 25-05-2019
11 PISANG MAS KILOGRAM 5.20 5.50 0.30 25-05-2019
12 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 25-05-2019
13 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 25-05-2019
14 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 25-05-2019
15 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 25-05-2019

Penginapan Berhampiran