PASAR TANI BATU 17, RAWANG

Maklumat Lanjut

“MENYANTUNI JIRAN PELBAGAI BANGSA DALAM SATU RUMPUN”

Selain Pasar Tani Stadium Shah Alam, satu lagi pasar tani yang boleh diberi jolokan sebagai syurga makanan adalah pasar tani Batu 17, Rawang yang telah dibuka pada 7 Ogos 2001 yang teerletak 17 KM daripada Bandaraya Kuala Lumpur.

Antara makanan popular di sini adalah Puyuh Goreng Berempah, Cendawan Goreng tepung rangup, Nasi Ayam Hainan, Nasi Kerabu Ayam Bakar, Putu Mayam, Sate, Nasi Ambeng, Ayam Goreng Crispy, Takoyaki dan banyak lagi.

Jika anda penggemar keropok lekor, nah ini pilihan pasar tani yang tepat buat anda. Anda boleh melihat sendiri demonstrasi bagaimana keropok ini dihasilkan secara ‘live’ di depan mata. Jadi, disitu anda boleh menilai sendiri kebersihan dan ketelusan yang dititip terapkan oleh setiap peniaga di semua pasar tani anjuran pihak FAMA ini.

Bagi peminat hasil pertanian seperti jagung manis pula, di sini anda boleh mendapatkan hasil segar terus dari ladang iaitu jagung manis Tanjung Karang. Rasanya yang manis, dan yang pasti ianya adalah stok segar baru petik dan terus dibawa ke pasar tani khas buat para pengunjung Pasar Tani Batu 17 Rawang. Jagung ini sesuai dipelbagaikan cara masakannya; rebus sahaja, ditambah dengan mentega dan garam atau dibakar sedikit untuk rasa yang lebih ‘crunchy’ dan lemak.

Pasar tani ini turut menjadi pilihan pelbagai kaum di Negara ini, di mana barangan yang dijual menepati citarasa masyarakat seperti Kaum Bumiputera, Cina, India dan lain-lain bangsa. Hasil laut segar dan murah termasuklah daging dan juga ayam proses segar membuatkan pasar tani ini menjadi pilihan utama penduduk perumahan sekitar Batu 17 dan sekitarnya.

Jika anda hendak ke pasar tani Batu 17 ini, fokus dalam mencari mercu tanda Petronas Taman Bersatu, rawang serta berhadapan dengan bangunan Pasaraya Soon Huat Sdn. Bhd. Operasi pasar tani Batu 17 Rawang ini bermula pada jam 4.00 petang sehingga 10.00 malam, pada setiap minggu hari Selasa sahaja.

Jangan lepaskan peluang anda membeli dengan harga murah, sambil menyantuni jiran pelbagai bangsa yang berada di sekitar kawasan kejiranan anda. Hidup serumpun berbilang bangsa, kerana kita adalah 1 Malaysia.

Jadual

Maklumat
Alamat Taman Bersatu Rawang
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 8.10 8.50 0.40 13-07-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 13-07-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 13-07-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 13-07-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 16.10 17.00 0.90 13-07-2019
6 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 13-07-2019
7 IKAN SELAR KILOGRAM 16.10 17.00 0.90 13-07-2019
8 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 13-07-2019
9 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 13-07-2019
10 PISANG MAS KILOGRAM 5.20 5.50 0.30 13-07-2019
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 13-07-2019
12 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 13-07-2019
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 13-07-2019
14 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 13-07-2019
15 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 22-06-2019

Penginapan Berhampiran