PASAR TANI BANDAR SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH

Maklumat Lanjut

“PUSAT SEHENTI PELBAGAI VARIASI MENU MAKANAN VIRAL”

 Pasar Tani Bandar Saujana Utama dibuka pada tahun 27 Mei 2006. Pada peringkat pembukaannya kawasan Saujana Utama  adalah dikawasan agak pendalaman iaitu di kawasan persekitaranya adalah Ladang kelapa sawit di Daerah Kuala Selangor . Walau bagaimana pun Pasar Tani ini dapat bertahan walau pun menghadapi dengan pelbagai rintangan .  Kini kawasan ini telah pun mengalami pembangunan dan merupakan kawasan yang padat dengan penduduk .

Pada peringkat awalnya usahawan yang berniaga adalah seramai 40 peserta.Tetapi kini mempunyai seramai 77 orang usahawan dan salah satu Pasar Tani yang menjadi tumpuan. Lokasinya berada dibawah rimbunan pohon-pohon yang mempunyai suasana yang redup.

Anda seorang Food hunter? Gemar mencuba pelbagai jenis makanan sedap tetapi dengan harga berbaloi, murah dan pasti tidak bakal menyesal setelah mencubanya? Nah, di Pasar Tani Saujana Utama, Sungai Buloh ada apa yang anda cari-cari.

          Pernah cuba Nasi Memanggey? Apa tu? Antara tarikan menu makanan viral di sini adalah Nasi Memanggey. Bunyi kedengaran pelik pada namanya, namun rasanya sangat enak, rangup dengan rempah ratusnya, walau sebenarnya, ianya hanya olahan dari menu nasi bujang yang ditambah baik. Terdiri dari nasi putih, ayam rempah cincang yang digaul dengan rempah-ratus terpilih yang nyata cukup enak dan rangup. Ditambah dengan kuah kari nenas yang pedas-pedas lemak dan dilengkapkan dengan cicipan sambal belacan koboi pedas sehingga kecur liur ini, sudah pasti anda takkan mahu ketinggalan bagi mendapatkannya.

          Jika tidak mahu menu berat seperti nasi, variasi menu ala barat seperti muffin pelbagai perisa, makanan bercitarasa India seperti putu mayam, makanan tradisional yang ditambah baik seperti apam balik istimewa pisang bersos coklat, dan menu ala arab iaitu roti john daging dan juga kebab daging turut viral di pasar tani ini.

          Bagi anda yang gemar memasak di rumah pula, pilihan ke pasar tani adalah satu langkah bijak di mana semua jenis komoditi ada di sini. Ikan laut seperti kembung, selar, tenggiri, sayur-sayuran segar dari ladang, daging segar, ayam dan pelbagai lagi turut ada di sini.

          Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Mengapa bayar lebih jika segalanya ada di pasar tani, lebih baik ianya berada tidak jauh dari rumah anda. Beroperasi pada Hari Sabtu bermula jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, pasar tani ini cukup mudah untuk dijejaki. Hanya berrpandukan mercu tanda Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh dan anda akan terus sampai ke tapak pasar tani ini dengan mudah.

Jadual

Maklumat
Alamat BERSEBELAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA UTAMA
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 8.10 8.50 0.40 09-11-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 09-11-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 09-11-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 12.30 13.00 0.70 09-11-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 16.10 17.00 0.90 09-11-2019
6 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 09-11-2019
7 IKAN SELAR KILOGRAM 16.10 17.00 0.90 09-11-2019
8 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 09-11-2019
9 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 09-11-2019
10 PISANG MAS KILOGRAM 5.20 5.50 0.30 09-11-2019
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 09-11-2019
12 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 09-11-2019
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 09-11-2019
14 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 09-11-2019
15 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 05-11-2019

Penginapan Berhampiran