PASAR TANI SEKSYEN 17, PETALING JAYA

Maklumat Lanjut

“MESRA WARGA EMAS DAN PENUH JASA KEPADA TIAP PENGGUNA”

Petaling Jaya merupakan sebuah bandar universiti dan juga bandar satelit yang mempunyai populasi penduduk antara yang tertinggi di Selangor. Jadi, tidak hairan bila mana bandar ini telah lama menjadi tumpuan penduduk seawal tahun 1952 lagi, yakni semenjak zaman sebelum merdeka lagi. Dan tidak dinafikan,bahawa kawasan ini mempunyai populasi warga emas yang ramai merujuk pada faktor kewujudannya.

Jika anda biasa mengunjungi pasar tani ini, pasti anda banyak melihat kebanyakan pengunjungnya adalah terdiri daripada warga emas pelbagai bangsa. Sangat harmoni di mana seusia emas mereka, pasar tani tetap menjadi pilihan di hati warga di sini. Ada yang datang bersama anak mereka, dan tak kurang ada yang datang bersama generasi kedua dan ketiga. Masing-masing telah didedahkan dengan keberadaan pasar tani sedari awal lagi, dimana kesan dari kewujudan pasar tani ini sebenarnya telah banyak memberi manfaat dan bakti dalam mencukupkan keperluan seharian para pengunjungnya.

Lalu, ini adalah satu usaha murni pihak FAMA yang wajar dipuji dan diteruskan demi kesejahteraan warga Seksyen 17, Petaling Jaya secara khasnya.

Pasar tani merupakan pilihan tepat bagi warga emas kerana ianya amat mesra pengguna. Sejajar dengan slogan ‘Jihad Memerangi Orang Tengah’, berbelanja di pasar tani bagi warga emas sememangnya amat berbaloi di mana mereka boleh tawar-menawar, membeli dengan lebih santai, dan yang utama, pilihan varieti komoditi yang menepati citarasa golongan ini dan yang lainnya.

Antara komoditi popular di sini, adalah ayam segar, daging segar, sayur-sayuran segar,ikan laut segar, pilihan buah-buahan tempatan segar, ulam-ulaman seperti jering, petai, aneka jenis pisang, dan banyak lagi. Kalau ada musim, mudah saja nak jumpa raja buah, durian. Ada juga durian belanda, dan nenas gred terbaik turut dijual di sini. Keluaran tempatan sangat berkualiti, jadi rajin-rajinlah terjah pasar tani. Banyak ilmu pasti didapati di sini.

Nak cuba makanan popular di sini? Jom ke gerai Kuih Akok Dan Bahulu. Di sini ada pilihan akok jagung dan akok pandan. Nak rasa bahulu panas-panas pun ada dijual di sini. Dari jauh pun dah boleh bau aroma wanginya, sangat  menikam kalbu para pengunjung yang lalu lalang di situ. Pasti teringat-ingat hingga di rumah jika terlepas membelinya. Hihi.

Selain itu, ada juga putu piring istimewa, nasi lemak bungkus daun pisang, pilihan kuih muih goreng dan kukus tradisi, kuih talam aneka rasa, dan tak ketinggalan puluhan jenis lauk pauk ada dijual di sini. Nak rasa makanan ala timur tengah pun ada, boleh cuba roti tempayan cheese. Jangan terperanjat pula bila penebar roti buat demo membakar roti tempayan tersebut ya. Semuanya ‘live update’, segar dan panas-panas buat membuka selera makan para pengunjung yang gemarkan makanan sihat dan kurang minyak seperti roti tempayan ini.

Jadual

Maklumat
Alamat Jln 17/1A Petaling Jaya
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 6.90 7.30 0.40 15-11-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 15-11-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 15-11-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 15-11-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 15-11-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 15-11-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 15-11-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 15-11-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 15-11-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 15-11-2019
11 PISANG MAS KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 15-11-2019
12 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 15-11-2019
13 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 15-11-2019
14 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 15-11-2019
15 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 15-11-2019
16 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
17 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
18 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
19 DAGING PEJAL KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
20 IKAN CENCARU KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
21 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
22 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
23 IKAN SELAR KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
24 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
25 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
26 PISANG MAS KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
27 TELUR AYAM BIJI 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
28 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
29 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
30 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019

Penginapan Berhampiran