PASAR TANI SEKSYEN 17, SHAH ALAM

Maklumat Lanjut

“MESTI SINGGAH SEBENTAR; NIKMATILAH HASIL KOMODITI DAN MAKAN POPULAR YANG TERSEDIA! ”

                Shah Alam merupakan sebuah bandar pesat dan padat dengan penduduk di mana kawasan Bandar Anggerik ini dipenuhi dengan kawasan perumahan yang pesat berkembang dengan populasi penduduk yang bertambah hampir setiap hari. Terdapat 56 seksyen di Shah Alam ini. Jadi, tidak hairanlah sekiranya kewujudan pasar tani di seksyen 17 ni menjadi satu kewajaran yang relevan bagi memenuhi permintaan dan kehendak penduduk sekitarnya yang semakin bertambah saban tahun ini.

Pasar Tani Seksyen 17, Shah Alam ini telah ditubuhkan pada 2 Julai 1985 beroperasi pada setiap hari Ahad, bermula jam 7 pagi sehingga jam 12 tengahari. Lokasinya amat berdekatan dengan stesen bas Seksyen 17 dan terletak bersebelahan Dewan Kekwa MBSA, Seksyen 17 Shah Alam.

Komoditi popular di sini terlalu pelbagai, sebahagiannya adalah seperti ikan laut, bilis pelbagai gred, hasil laut segar seperti udang, sotong, ketam, daging segar, sayur-sayuran segar dari kebun dan ladang, tanaman jangka pendek seperti ulam-ulaman, daging segar dan banyak lagi. Memang harganya jauh lebih rendah, namun masih menang kualiti.

Pasar tani ini menjadi tumpuan warga penduduk sekitar yang baharu pulang dari tempat kerja umumnya. Kebanyakan mereka yang tiada masa untuk memasak dek kerana keletihan, mengambil pendekatan membeli sahaja juadah dan menu makanan popular untuk dibawa pulang buat diri dan ahli keluarga. Ini sedikit sebanyak sebenarnya telah membantu dalam mengurus tadbir masa pengguna bagi lebih menggunakan masa yang ada dengan lebih berkualiti untuk perkara lain juga.

Bagi suri rumah dan pelanggan yang masih gemar untuk memilih untuk memasak untuk keluarga, sudah pasti tumpuan mereka terarah kepada komoditi segar di pasar tani ini. Pilihan memang cukup banyak. Dari memilih jenis ikan segar sehinggalah ke buah-buahan sebagai pencuci mulut mahupun sebagai kudapan ringkas di waktu sebelum makan atau sebagai snek diet, pasar tani memang menyediakan pilihan terbaik dan terlalu banyak bagi memenuhi kehendak dan keinginan pengguna yang pelbagai.

Pada yang sukakan kelainan, jomlah cuba snek kudapan baby crab di sini. Serius sedap, beli secawan rasanya macam tak sampai hati pula. Adik di rumah, dan kakak pun teringin nak cuba juga nanti. Tak rugi beli dua bekas rasanya. Lagipun harganya memang mampu milik dan berpatutan. Tak sedar pula mulut dah habis kunyah separuh cawan baby crab ni! Alahai, dah kena patah balik semula ke gerai untuk tambah secawan lagi. Hihihi.

Dah beli baby crab, terhidu bau aroma kuih akok pula. Emmm, wanginya bau! Jom beli sikit untuk mak di rumah, pasti sejuk hati mak bila kita belikan dia buah tangan walau sekadar kuih muih, kan? Ayah pula peminat Sup Tulang. Mesti gembira hati ayah bila dibelikan bihun sup tulang letop ni. Untuk abang pulak, dia peminat nasi lemak kerang. Dua bungkus cukup rasanya untuk abang. Nasib baik dah bawak duit lebih tadi. Kalau tak, dah kena cari mesin ATM sebab rasanya ada lagi yang nak dibeli ni!

Memang seronok ke pasar tani ni. Banyak barang dapat dibeli, sekaligus menjimatkan masa dan mampu menggembirakan hati insan-insan tersayang. Ini adalah sebuah kebahagiaan tanpa kita sedar bila mana melihat tiap ahli keluarga tersenyum riang dengan apa yang kita bawa pulang buat mereka. Indahnya!

Jadual

Maklumat
Alamat Di kawasan belakang Stesyen Bas Seksyen 17, Shah Alam dan bersebelahan Dewan Kekwa (MBSA), Seksyen 17 Shah Alam.
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 6.90 7.30 0.40 15-11-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 15-11-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 15-11-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 15-11-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 15-11-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 15-11-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 15-11-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 15-11-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 15-11-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 15-11-2019
11 PISANG MAS KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 15-11-2019
12 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 15-11-2019
13 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 15-11-2019
14 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 15-11-2019
15 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 15-11-2019
16 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
17 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
18 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
19 DAGING PEJAL KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
20 IKAN CENCARU KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
21 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
22 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
23 IKAN SELAR KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
24 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
25 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
26 PISANG MAS KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
27 TELUR AYAM BIJI 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
28 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
29 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
30 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019

Penginapan Berhampiran