PASAR TANI SEKSYEN 9 BANDAR BARU BANGI

Maklumat Lanjut

“PILIHAN TERBAIK DI BANDAR ILMU YANG STRATEGIK”

Seperti sedia maklum sebelum ini, Bandar Baru Bangi merupakan sebuah bandar ilmu, bandar satelit kedua terpenting selepas Shah Alam. Bandar ini tidak pernah sunyi dengan trafik yang padat dengan penduduk mahupun pengunjung yang bertali-arus. Lokasinya adalah terletak di Jalan Medan PB3 atau lebih mudah jika anda mencari Bangunan PKNS Bandar Baru Bangi. Pasar tani ini terletak di bahagian belakang dari bangunan tersebut.

Pasar tani ini menjadi tumpuan umum kerana sumber komoditinya yang pelbagai seperti tanaman jangka pendek, pelbagai jenis ikan masin, aneka rempah ratus, herba-herba tradisional dan moden, hasil ikan laut segar yang banyak, varieti ketam, sotong, udang, isi laut segar seperti kerang bergred tinggi, kepah, lala, pepahat, siput dan tak ketinggalan juga di sini pasti ada hasil tenusu segar seperti daging segar dan juga ayam proses segar yang dijamin halal sembelihannya.

Kepada peminat roti dan pastri, di sini ada gerai yang menjual aneka roti panas dan segar lagi enak. Pilih saja nak roti apa. Roti biasa, roti arang, roti kismis, roti gandum berserat sehinggalah ke mini pizza, mini roti sosej dan kek mentega dan lain-lain jenis aneka kek yang nyata berbau harum dan lazat rasanya. Yang penting, ianya adalah produk bumiputera yang dijamin baik kualiti penghasilannya.

Penduduk Bandar Baru Bangi memang terkenal dengan sifat mementingkan kualiti produk. Lalu tak hairanlah, jika produk yang ada dijual di pasar tani ini berjaya memenuhi kriteria para penduduknya. Di sini ada dijual nenas MD2, dibawa khas dari Beranang. Kalau nak tahu, nenas MD2 ni bukan nenas biasa-biasa tau. Ini nenas bergred kualiti dan biasanya nenas gred ini hanya terjual di pasar segar besar seperti Jaya Grocer, Bangsar Village dan MBG. Tapi mengapa pergi jauh jikalau anda mampu dapatkannya di pasar tani Bandar Baru Bangi saja? Inilah namanya pilihan bijak, tepat dan menjimatkan masa.

Bila dah lapar, pasti teringin nak beli macam-macam jenis makanan, bukan. Jom, dicadangkan untuk mencuba roti tempayan di pasar tani ini. Kalau nak rasa satar, otak-otak yang dibakar panas-panas, di sini juga ada selain nasi dagang, nasi kerabu mahupun nasi lemak pelbagai jenis lauk ada di sini.

Nak beli anak-anak pokok dan juga tanaman herba juga ada dijual di sini. Seronok manjakan diri dengan aktiviti riadah bercucuk tanam walaupun kenyataannya kawasan ini adalah bandar pesat lagi terancang. Tapi tak salah bila nak bercucuk tanam dan tenangkan minda dengan mengadakan mini kebun atau mini taman di rumah, bukan? Kalau nak beli anak pokok cili, anak pokok durian sampailah ke cempedak atau pelam juga ada tau. Boleh juga dibeli untuk dijadikan hadiah kepada besan atau menantu. Berbudi kepada tanah tiada rugi, malah menguntungkan dan sebagai terapi alam yang telah terbukti berkesan.

Jadual

Maklumat
Alamat Di belakang Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi (terletak di Jalan Medan PB3).
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 6.60 7.00 0.40 11-04-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 11-04-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 24.70 26.00 1.30 11-04-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 33.20 35.00 1.80 11-04-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 12.80 13.50 0.70 11-04-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.90 21.00 1.10 11-04-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 11-04-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 11-04-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 11-04-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 11-04-2019
11 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.90 3.20 0.30 11-04-2019
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 11-04-2019
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 11-04-2019

Penginapan Berhampiran