PASAR TANI STADIUM SHAH ALAM

Maklumat Lanjut

“SYURGA MAKANAN ADA DI SINI”

Pasar Tani Stadium Shah Alam dibuka pada 11 April 1999 dan beroperasi setiap pagi Ahad dan merupakan Pasar Tani yang terbesar dan paling popular di Negeri Selangor.

Pasar Tani ini melibatkan penyertaan seramai 200 usahawan yang menjual pelbagai jenis produk Agromakanan. Ia terletak bersebelahan dengan Bazarena (sebelum ini Car Boot Sale) yang merupakan destinasi pelancongan di Negeri Selangor dan berhampiran Pasaraya Besar Giant dan Tesco. Pasar Tani ini juga berada di lot parkir kereta Stadium Shah Alam, dan berada tidak jauh dengan Pusat Beli Belah AEON dan juga Management & Science University (MSU).

Para pengunjung boleh menerokai dunia makanan, dari ladang dan lautan ke meja hidangan. Sebut saja mahu apa, hampir semua ada di Pasar Tani Stadium Shah Alam ini. Jika mahukan hasil laut dan darat yang segar, di sini juga tempat yang mampu buat anda rambang mata. Dari ikan laut, ikan darat, ayam segar, ayam pencen, telur ayam, daging lembu, burung puyuh, ketam, udang, sotong, dan tak ketinggalan sayur-sayuran harian hinggalah ke ulam-ulaman kampung dan hutan, semua ada! Hebat, bukan?

Bagi penggemar masakan panas, ini lokasi wajib datang buat anda. Seawal dibuka jam 7 pagi, sudah ada menu seperti Sup Gearbox Power, Kuey Teow Kawah, Roti Boom dan juga pembuka selera seperti Jacket Potatoes, tidak ketinggalan kuih muih dan goreng-gorengan.

Bak kata slogan, macam-macam adaaa!!!

Tak cukup lagi? Anda boleh menikmati Makanan Citarasa Utara, Selatan, Pantai Timur dan Barat, Makanan Jepun, Makanan Cina, Menu ala Thai, fuhhh… tak terluah! Semua jenis makanan ada. Jika anda peminat produk-produk PKS, di sini juga ada. Paling popular adalah kerepek pelbagai jenis dan perisa yang digoreng segar di depan mata anda.

Ruang food court terbuka dalam skala besar juga disediakan untuk pengunjung menikmati makanan secara santai bersama keluarga sebagai aktiviti hujung minggu.

Jadual

Maklumat
Alamat TAPAK PARKIR TERBUKA, STADIUM SHAH ALAM
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.60 8.00 0.40 17-07-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 17-07-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 17-07-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 17-07-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 12.30 13.00 0.70 17-07-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.90 21.00 1.10 17-07-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 17-07-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 17-07-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 6.40 6.70 0.30 17-07-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 17-07-2019
11 PISANG MAS KILOGRAM 5.50 5.80 0.30 17-07-2019
12 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 17-07-2019
13 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 17-07-2019
14 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 17-07-2019
15 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 5.90 6.20 0.30 17-07-2019
16 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
17 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
18 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
19 DAGING PEJAL KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
20 IKAN CENCARU KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
21 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
22 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
23 IKAN SELAR KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
24 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
25 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
26 PISANG MAS KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
27 TELUR AYAM BIJI 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
28 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
29 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
30 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019

Penginapan Berhampiran