PASAR TANI TAMAN BANTING BARU

Maklumat Lanjut

“JIMAT MASA, JIMAT TENAGA, KEPUASAN MAKSIMA DIPEROLEH”

 Pasar Tani Bandar Banting Baru dibuka pada 21 Februari 2007. Mempunyai usahawan yang berniaga seramai 52 orang, terletak dikawasan yang baru membangun 5 km dari Banting dan 10 km dari Pantai Morib pusat pelancongan yang popular di daerah kuala Langat . Kawasan yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan kawasan yang berhampiran dengan institusi Pengajian seperti Kolej Matrikulasi Selangor, Politeknik, Sekolah Sains Selangor dan Kolej Komuniti. Berhampiran juga dengan Kem Pertahanan Udara (TUDM ). Dan Bukit Jugra yang popular dengan sukan Glider udara .

Bagi penduduk Kuala Langat khususnya di kawasan Banting Baru, lokasi ini sangat strategik dalam mewujudkan pasar tani kerana secara umumnya ia sangat membantu dalam meringankan beban penduduk yang mahu menjimatkan masa dan tenaga setelah penat seharian bekerja dan sebagainya. Khususnya bagi pelajar, masa yang mereka punyai amat terhad dan keterbatasan mereka untuk memasak sendiri juga membuatkan kewujudan pasar tani Banting Baru pada setiap Rabu jam 4.30 petang ini amat diperlukan.

Menu di sini amat auntentik, penuh tradisi dan pelbagai jenis. Bagi mereka yang sukakan rasa jawa asli, mari cuba pecal Sungai Lang. Memang meleleh air liur selepas mencuba pecal ini, cukup rasa kata bahasa mudah fahamnya.

Nak makan cakoi, di sini juga ada. Jangan lupa singgah di gerai Jaafar Cakoi Banting, peramah orangnya, malah enak rasa air tangan cakoinya. Tak menyesal beli lebih! Putu bambu, apam balik legend, sehinggalah yong taufu enak lagi lembut turut berada di sini. Seronok tak? Nak makanan modern pun ada Pizza Mizan yang popolar di sekitar Daerah kuala Langat .

Teringin nak makan berat sedikit? Ada, boleh cuba dapatkan mee kari istimewa, atau boleh cuba nasi dagang berlauk ikan tongkol jika anda sukakan makanan ala Pantai Timur. Jagung bakar, jagung rebus, makanan berkukus, bergrill, dan juga panggang semua ada.

Kalau nak beli hasil tanaman segar, jom ke gerai sayur di sini. Komoditi di sini unik kerana banyak menjual hasil tanaman berasaskan sayuran kampung dan sukar dijumpai. Ada cekur, ada rebung, ada jering, petai, daun ubi, paku pakis, daun tenggek burung, pucuk manis, ulam-ulaman dan banyak lagi. Paling penting, semuanya dijual secara segar dan anda boleh pilih dan terus memilih sampai puas hati. Cakap fasal harga? Memang berbaloi-baloi. Anda pasti pulang dengan menitip senyum puas sehingga ke telinga.

Ingat hari Rabu, Ingat Pasar Tani Banting Baru. Jumpa anda di sana! Jam berapa? Bermula 4.00 petang sehingga 10.00 malam sahaja. Rugi tak mari….!!!!

Jadual

Maklumat
Alamat BERHAMPIRAN KEM TUDM, JUGRA
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 19-10-2018
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 19-10-2018
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 19-10-2018
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 19-10-2018
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 12.30 13.00 0.70 19-10-2018
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 20.90 22.00 1.10 19-10-2018
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 19-10-2018
8 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 19-10-2018
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 19-10-2018
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 19-10-2018
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 19-10-2018
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 19-10-2018
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 19-10-2018

Penginapan Berhampiran