PASAR TANI TAMAN DENGKIL JAYA

Maklumat Lanjut

“PILIHAN TEPAT SURI RUMAH, PELAJAR DAN JUGA WARGA BEKERJA SEKITAR”

Pasar Tani ini sangat menjadi tumpuan kerana lokasinya yang strategik dengan universiti tempatan dan juga terletak di hadapan kawasan taman perumahan dan deretan lot-lot kedai. Lokasinya adalah terletak berdepan dengan UiTM Dengkil dan di tepi jalan lama (jalan dalam) ke  Dengkil-Putrajaya. Orang ramai berpusu-pusu menerjah pasar tani ini bagi mendapatkan aneka pilihan komoditi segar dan makanan kerana mereka yakin akan tahap kesegarannya dan harganya yang nyata amat berpatutan dan mampu milik.

Setiap pengunjung telah ada target gerai mereka tersendiri. Sebagai contoh, pelajar UiTM sudah pasti mengunjungi pasar tani ini bagi mendapatkan aneka makanan panas lagi segar. Di pasar tani ini ada banyak lauk pauk siap masak. Tak kecur liur ke bila lihat nasi tomato dengan ayam percik macam dalam gambar ni? Lagi kecur bila lihat gerai nasi lemak berlauk ni.

Ada lebih 10 pilihan lauk pauk yang pastinya menambat selera anda. Nak kuih talam, koci, kuih tradisi aneka jenis pun ada. Jangan lupa pula bawa duit ekstra untuk singgah ke gerai air balang besar. Lihat air kelapa, cendol, dan air bandung terlebih cincau ni rasa dahaga pula. Rugi pula andai tak cuba secawan rasanya. Tapi, jangan lupa bungkus juga untuk keluarga yang setia menanti di rumah ya!

Bagi suri rumah mahupun mereka yang bekerja pula, pilihan membeli komoditi segar untuk stok bekalan mingguan mereka adalah satu perkara wajib yang dilakukan tatkala pergi ke pasar tani.

Uniknya pasar tani Taman Dengkil Jaya ini, ada banyak pilihan komoditi seperti aneka pilihan ikan laut segar, ikan darat segar seperti tilapia merah, hitam, keli sangkar, dan banyak lagi. Sayur-sayuran juga antara tarikan utama di pasar tani ini di mana kebiasaannya pelanggan akan membeli aneka sayuran dalam kuantiti yang banyak dan pelbagai untuk stok mingguan mereka. Ini tak termasuk dengan pengguna yang sangat gemarkan tanaman jangka pendek seperti ulam-ulaman sebagai rutin makanan tambahan.

Jangan terkejut pula, bila anda dengar ada orang yang semata-mata datang ke pasar tani hanya untuk membeli ulam-ulaman seperti daun kaduk, pegaga, kacang botol, petai, pucuk daun gajus dan lain-lain ulaman kerana sangat mementingkan penjagaan dalaman untuk jangka masa panjang. Dan mereka memilih untuk ke pasar tani kerana diakui pasar tani cukup terkenal dengan produknya yang segar dan dijamin berkualiti. Kata orang-orang tua, nak awet muda, cantik luaran dan dalaman kenalah rajin makan ulam-ulaman.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhadapan UiTM Dengkil (Pintu Utama).
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 12-04-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 12-04-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 12-04-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 12-04-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 12-04-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 12-04-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 12-04-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 18.00 19.00 1.00 12-04-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 12-04-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 12-04-2019
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 12-04-2019
12 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 12-04-2019
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 12-04-2019
14 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 12-04-2019

Penginapan Berhampiran