PASAR TANI TAMAN KERAMAT PERMAI

Maklumat Lanjut

“PENJUAL DAN PEMBELI BERTEMU MESRA DALAM SUASANA KARNIVAL”

Setiap pembeli mempunyai pasar kegemaran masing-masing. Anda bagaimana? Jika masih belum pernah membeli belah di pasar tani, anda patut mulakan langkah awal ke sini. Salah satu cadangan pasar tani yang patut dikunjungi adalah Pasar Tani Taman Keramat Permai. Setiap pasar tani mempunyai sistem urusniaga dan prosedur urus jual dan beli. Jika anda seorang yang sukakan suasana mesra penjual, pilihan membeli di pasar tani adalah satu langkah bijak lagi tepat pernah atau bakal anda lakukan.

Mari ke Pasar Tani Taman Keramat Permai. Dibuka seawal jam 6.30 pagi setiap hari Rabu dan lokasinya amat strategik iaitu berdekatan Masjid Muaz Bin Jabbal. Kebiasaannya, pada jam 7.00 pagi pasar tani ini telah pun mulai sesak dengan pengunjung, rata-ratanya adalah yang baru pulang dari masjid dan juga mereka yang gemarkan aktiviti seawal pagi yakni aktiviti usai lepas solat subuh.  

Pelbagai komoditi popular terdapat di sini. Meriahnya di Pasar Tani Keramat Permai ini adalah kerana terdapatnya hasil laut segar pelbagai jenis ikan segar laut. Tidak kurang dengan makanan dari menu yang pelbagai, terutamanya kuih muih buat sarapan pagi. Nasi lemak kukus ayam berempah dan capati adalah menu paling dicari pelanggan di sini, disamping nasi berlauk buat bekalan kerja dan anak-anak untuk ke sekolah. 

Tambahan lain, di pasar tani ini turut ada gerai yang menjual pelbagai jenis rempah ratus secara timbang kilo. Rempah kari daging, kurma, pelbagai jenis sup, serbuk kunyit, rempah gulai kawa hinggalah ke rempah BBQ turut dijual di sini. Lengkap pencarian anda, bukan? 

Bagi mereka yang gemarkan pertanian dan bercucuk tanam, pelbagai jenis tanaman pokok bunga, herba mahupun tanaman ulaman turut terjual di sini. Nak makan nasi kerabu dari air tangan sendiri? Nah, ada dijual pokok terlang. Bunga pokok terlang ini adalah pewarna semulajadi bagi membuatkan warna nasi kerabu bertukar kepada biru tanpa menggunakan sebarang pengawet tambahan.

Jika mahukan hasil pertanian segar, di sini juga ada. Boleh cuba ke gerai nenas manis terlajak manis. Nenas bukan sebarang nenas, ini Nenas bergred kualiti ya? Nenas MD2, yang kebiasaannya hanya ada di pasar raya besar terpilih seperti Jaya Grocer dan Bangsar Village. Percaya atau tidak, apa yang dihidangkan di pasar tani sememangnya adalah produk berkualiti, namun masih dalam harga mampu milik lagi murah.

Kat mana lokasi pasar tani ini? Hanya cari mercu tanda KL Guest Hotel, berderetan dengan pelbagai bangunan lain.
 
Jadual

Maklumat
Alamat BERHAMPIRAN MASJID MUAZ BIN JABBAL & BERHADAPAN KL GUEST HOTEL
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.60 8.00 0.40 18-10-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 18-10-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 18-10-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 18-10-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 18-10-2019
6 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 18-10-2019
7 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 18-10-2019
8 PISANG MAS KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 18-10-2019
9 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 18-10-2019
10 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 18-10-2019
11 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 18-10-2019
12 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 18-10-2019
13 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 15-10-2019
14 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 11-10-2019
15 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 30-04-2019

Penginapan Berhampiran