PASAR TANI TAMAN RAMBAI INDAH

Maklumat Lanjut

“SUMBER JUALAN IKAN DARAT”

Anda suka makan ikan darat? Jika anda sukakan jenis ikan darat seperti keli, belut, jelawat, tilapia, baung, haruan, tapah dan sepertinya, anda wajib datang ke Pasar Tani Taman Rambai Indah yang terletak di tepi jalan besar Jenjarom ini.

Pasar Tani Taman Rambai Indah ini sememangnya cukup terkenal bermula pada tahun 2009 lagi dengan variasi ikan darat yang segar, berkualiti dan sentiasa memenuhi permintaan peminatnya dek kerana ianya amat tinggi dengan khasiat dan kelebihan yang pelbagai.     

Dibuka setiap hari Jumaat bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam, lokasi pasar tani ini amat mudah dijejaki kerana terletak betul-betul bersebelahan Masjid Sungai Rambai dan Stesen Minyak Petronas Jenjarum. Di sini turut terdapat sayuran dan ulam-ulaman kampung seperti belimbing buluh, pucuk betik, jantung pisang dan banyak lagi.

Antara menu yang menjadi tarikan utama di pasar tani ini adalah Nasi Ambeng Jawa dan juga Putu Bambu. Aneka masakan berkawah juga seperti nasi goreng, kuey teow, mee goreng, bihun goreng dan banyak lagi.

Bagi penggemar roti dan pastri pula, di sini anda boleh mendapatkan aneka jenis roti segar seperti roti sarang lebah, roti chicken floss, pizza dan juga donat pelbagai perisa. Semuanya merupakan hasil keluaran anak bumiputera dan dijamin bersih juga halal. Roti john juga turut dijual di sini.

Untuk minum petang, pilihan santai turut ada di pasar tani ini. Ada goreng-gorengan seperti keledek goreng, pisang goreng, cucur badak, karipap, pelbagai jenis bebola makanan laut, mahupun kuih muih tradisional seperti kuih koci dan ketayap.

Penat berjalan sepanjang pasar tani, jangan lupa untuk singgah ke gerai pilihan air balang besar yang turut tersedia di sini. Minuman popular disini adalah cendol cawan besar, air tembikai, air jagung, air kelapa, milo ais dan banyak lagi. Cepat!!! lekas bersiap untuk segera ke Pasar Tani Taman Rambai Indah.

Jumpa anda di sana.

Jadual

Maklumat
Alamat BERHAMPIRAN MASJID AL-FIRDAUS, KG SG RAMBAI & STESEN PETRONAS JENJARUM
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 19-10-2018
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 19-10-2018
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 19-10-2018
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 19-10-2018
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 12.30 13.00 0.70 19-10-2018
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 20.90 22.00 1.10 19-10-2018
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 19-10-2018
8 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 19-10-2018
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 19-10-2018
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 19-10-2018
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 19-10-2018
12 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 19-10-2018
13 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 19-10-2018

Penginapan Berhampiran