PASAR TANI TAMAN SEROJA, BANDAR BARU SALAK TINGGI

Maklumat Lanjut

“MENJIMATKAN MASA DAN WANG ANDA!”

                Bandar Baru Salak Tinggi, merupakan kawasan yang boleh dianggap sangat strategik di mana ianya terletak di tengah-tengah antara KLIA, Bandar Baru Nilai, IKTBN Sepang dan kawasan perindustrian pesat membangun di sekitarnya.

Pasar Tani Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi ini telah ditubuhkan pada 3 November 2008 beroperasi pada setiap hari Isnin, bermula jam 4 petang sehingga jam 10 malam. Lokasinya adalah di tapak pasar malam Taman Seroja, dan bersebelahan dengan Pusat Penjaja Taman Seroja.

Di sini terdapat banyak jenis komoditi popular yang diperdagangkan. Antaranya adalah komoditi sayur-sayuran segar, tanaman jangka pendek, hasil laut segar, ayam proses segar, buah-buahan tempatan segar, ada juga buah-buahan import seperti anggur, lai, epal dan lain-lain. Turut tidak ketinggalan juga terdapat jualan pakaian dan komoditi PKS di sini. Lengkap pencarian anda, bukan?

Untuk tambah melengkapkan pencarian anda, kita tuju ke bahagian gerai menjual makanan popular pula. Anda sukakan makanan apa? Di sini ada dijual aneka jagung bakar, kukus dan juga sweet corn. Terus saja ke gerai Jaafar Sweet Corn ya!

Nak makan ayam goreng, ayam percik, rangka ayam ataupun popcorn ayam? Di sini ada semuanya. Mengidam nak makan cendawan goreng? Di pasar tani ini ada semuanya. Bagi anda yang sukakan menu jawa, Nah! Di sini ada dijual Nasi Ambeng Original resepi asli gitu. Bukan mahal pun, RM6 sahaja deh! Berbaloi sangat dengan apa yang anda terima. Bayar untuk sebungkus nasi ambeng, tapi terima bungkusan umpama nak makan 2-3 orang lagaknya. Berbaloi ke tak? Memang berbaloi amat tau!

Di pasar tani ini turut menjual aneka donat pelbagai perisa, bentuk dan tak ketinggalan ada juga pastri yang lainnya. Boleh bungkus dik, jangan risau. Nak makan dalam kenderaan masa perjalanan balik ke rumah memang tiada masalah langsung. Harganya pun memang murah, berbaloi sangat dan yang pasti ianya adalah produk muslim dan bumiputera yang terjamin pembuatannya.

Di sini ada juga dijual putu bambu awesome, aneka nasi berlauk, dan tak ketinggalan menu negeri seperti nasi dagang aneka jenis lauk, nasi kerabu dan tak ketinggalan, nasi kukus ayam berempah dan juga daging kambing panggang. Nak makanan barat, cubalah ke gerai Mat Bulat Meatball. Boleh pilih nak berapa banyak meatballs; samada nak beli beberapa biji atau beberapa kilo. Memang terbaik servis sebegini. Dan sememangnya setiap pilihan ada di tangan anda!

Jadual

Maklumat
Alamat Di Tapak Pasar Malam Taman Seroja (Bersebelahan Pusat Penjaja Taman Seroja).
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran