PASAR TANI TAMAN DATO AHMAD RAZALI

Maklumat Lanjut

“MELENGKAPI KEPERLUAN MINGGUAN PENDUDUK”

Pasar Tani Taman Dato’ Ahmad Razali, Ampang ini telah ditubuhkan pada 4 Disember 1988 beroperasi pada setiap hari Ahad, bermula jam 7 pagi sehingga jam 12 tengahari. Lokasinya amat dekat dengan penduduk yakni terletak di antara kawasan perumahan dan jalan utama.

Untuk pengetahuan, pasar tani ini amat digemari penduduk setempat dan sekitar kerana membekalkan aneka varieti komoditi popular seperti ikan laut segar dan juga ikan darat segar. Bagi peminat ikan darat, anda pasti rasa teruja kerana di sini terdapat ikan segar seperti ikan keli, ikan tilapia merah, ikan tilapia hitam dan lain-lain lagi. Sedapnya kalau dapat masak ikan keli masak lemak cili api, bukan? Atau masak lemak cili api ditambah dengan cekur? Fuh, pasti berpeluh masa memakannya!

Seperti pasar tani lain, di sini terdapat hasil laut kering seperti aneka ikan masin seperti sepat, gelama, dan tidak ketinggalan varieti ikan bilis pelbagai jenis. Nak yang dah dikopek ada, yang belum kopek pun ada. Udang kering, sotong kering, cumi-cumi, dan aneka belacan pun ada.

Sayur-sayuran segar dari ladang, macam biasalah memang wajib ada pada setiap pasar tani. Tanaman jangka pendek yang dijual juga ada banyak pilihan. Tak susah juga kalau anda nak buat ikan bakar ataupun kuih muih kukus sebab stok daun pisang memang ada terjual banyak di sini.

Produk PKS aneka pilihan turut ada di sini. Di sini ada dijual kulit popia, capati segera, produk sejuk beku (frozen) aneka jenis, pes sambal, kordial minuman, sehinggalah produk herba tradisional dan juga jamu turut dijual di sini.

Selain itu, tarikan utama lain di pasar tani ini adalah semestinya makanan dan minuman popularnya. Jom pekena masakan panas berkawah di sini. Cuba pergi ke gerai Udin. Ada mee goreng kawah, kuey teow, bihun, nasi goreng dan juga Maggie goreng. Semuanya panas-panas belaka. Nak ekstra cili jeruk, minta saja nak berapa banyak pada penjajanya. Pasti diberi lebih dengan tambahan senyuman ikhlas darinya.

Bila datang ke sini, tak sah kalau tak cuba roti john di sini. Memang tak kedekut intinya. Memang terbaik rasa roti john daging blackpepper nya. Macam rugi pula sebab beli satu saja, serius memang tak cukup dik!

Apa tunggu lagi? Jom ajak mak dan ayah pergi pasar tani Taman Dato Ahmad Razali ini. Sangat melengkapi kehendak mingguan anda yang berkeluarga.

Jadual

Maklumat
Alamat Di kawasan perumahan Taman Dato Ahmad Razali, Ampang
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 8.10 8.50 0.40 13-07-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 5.20 5.50 0.30 13-07-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 13-07-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 13-07-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 13-07-2019
6 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 13-07-2019
7 IKAN SELAR KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 13-07-2019
8 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.20 3.60 0.40 13-07-2019
9 TELUR AYAM BIJI 0.50 0.50 0.00 13-07-2019
10 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 13-07-2019
11 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 13-07-2019
12 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 6.20 6.50 0.30 13-07-2019
13 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 15-06-2019
14 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 15-06-2019
15 PISANG MAS KILOGRAM 5.20 5.50 0.30 15-06-2019

Penginapan Berhampiran