PASAR TANI TAMAN MELAWATI

Maklumat Lanjut

“PASAR POPULAR DI KUALA LUMPUR”

Pasar Tani Taman Melawati di Bandar metropolitan Kuala Lumpur, terletak di antara pusat membeli belah terkemuka Melawati Mall. Namun, keberadaan Pasar Tani Taman Melawati amat perlu dipuji dan dihargai. Tidak keterlaluan apabila dikatakan bahawa pasar tani ini menjadi buah mulut ramai sebagai antara pasar yang tak pernah lekang dengan pengunjung mahupun pelancong asing. Mengapa? Jom kita selidik.

Dibuka 30 tahun dulu pada 4 April 1987 dan beroperasi setiap sabtu seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari sahaja, namun seawal 6.30 pagi kesesakan telah bermula di Pasar Tani ini. Orang ramai berpusu-pusu kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan segar lagi murah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil tani lain.

Selain sumber mentah yang segar dan murah, keistimewaan Pasar Tani Taman Melawati adalah terdapat pilihan barangan dapur seperti rempah ratus, produk kraftangan, ikan hiasan, pilihan sayur dan ulaman kampung dan tidak ketinggalan juga terdapat jualan tanaman pokok hiasan, herba dan tumbuhan yang pelbagai. Baja, kelengkapan ringkas bercucuk tanam turut dijual, menjadikan sumber pencarian pelanggan lebih mudah dan menjimatkan masa.

Aneka hidangan panas yang unik, enak, lazat dan membuka selera sudah pasti ada. Di pasar tani Taman Melawati ini terdapat Roti Arab Goreng yang cukup empuk, enak dan gebu. Di sini juga terdapat gerai Kacang Pool JB, pulut panggang special udang dan ikan dan juga Nasi Lemak Telur Mata Satu Biji. Wah, seronoknya banyak pilihan sebegini!

Peminat kuih tradisi dari Kelantan, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Kuih Akok Pandan yang dibakar dengan sabut kelapa. Aromanya yang harum bertebaran disekitar pasar tani ini. Bagi anda yang meminati kuih-muih kukus, di sini turut terdapat jualan kuih muih aneka talam yang enak. Talam keladi, talam durian, seri muka talam, talam berlauk, nona manis, talam jagung kastard dan banyak lagi. Variasi makan bertemakan pelbagai bangsa Negara ini membuatkan pasar tani ini tidak hanya dikunjungi oleh kaum bumiputera sahaja, namun pelbagai seperti Cina, India, dan tidak terlepas peluang para pelancong asing.

Jadual

Maklumat
Alamat BERHADAPAN MELAWATI MALL & LEMBAGA JURUKUR TANAH
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 20-09-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 20-09-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 20-09-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 20-09-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 20-09-2019
6 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 20-09-2019
7 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 20-09-2019
8 PISANG MAS KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 20-09-2019
9 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 20-09-2019
10 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 20-09-2019
11 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 20-09-2019
12 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 20-09-2019
13 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 06-09-2019
14 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 06-09-2019
15 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 30-04-2019

Penginapan Berhampiran