PASAR TANI TAMAN PERINDUSTRIAN KINRARA, PUCHONG

Maklumat Lanjut

“MENEPATI KEHENDAK DAN CITARASA PENGGUNA”

Pasar Tani Taman Perindustrian Kinrara, Puchong ini telah ditubuhkan pada 17 Januari 2008 beroperasi pada setiap hari Isnin, bermula jam 4 petang sehingga jam 10 malam. Lokasinya adalah di Jalan TPK 4/3 Taman Perindustrian Kinrara, Puchong.

Kesibukkan masyarakat sememangnya menjadi salah satu faktor utama di mana kewujudan sesebuah pasar tani wajar kita hargai dan beri perhatian. Seperti di Taman Perindustrian Kinrara ini secara amnya, ianya merupakan kawasan perindustrian pesat yang hanya wujud lot-lot kilang berat berskala besar dan fokusnya tidak tertumpu kepada mewujudkan lot-lot kedai menjual barangan segar kepada pengguna. Jika ada, harganya masih tidak mampu menandingi harga pasar tani yang jauh lebih murah dan menang dari kesegaran produk komoditi yang dijual.

Antara komoditi popular di Pasar Tani ini adalah ikan darat segar seperti tilapia merah, hitam, ikan keli, dan juga ikan patin. Ini merupakan antara hot selling di pasar tani ini. Permintaan untuk ikan segar laut, ayam proses, ikan bilis dan hasil laut kering juga tinggi di sini dan ianya memang tidak dapat dinafikan lagi. Mengapa perlu berbelanja lebih jikalau anda sebagai pengguna boleh mendapatkan barangan segar di pasar tani dengan harga jauh lebih rendah dan berpatutan?

Konsep memerangi orang tengah telah menjadikan pasar tani pada masa kini sangat diberi perhatian dan menjadi pilihan nombor satu para pengguna. Tidak ada istilah main harga jikalau anda pergi ke pasar tani. Sebab apa? Kerana, setiap pasar tani diselenggara oleh urusetia terlatih yang telah dilantik khas oleh pihak FAMA supaya menjadi mata dan telinga para pengguna di sesebuah pasar tani. Jika tak faham, silakan bertanya terus pada urusetia ya? Mudah saja nak cari mereka, di setiap pasar tani anda boleh lihat khemah warna hijau; nah datang terus pada mereka. Pasti anda akan terima jawapan yang memuaskan hati dan menjawab segala persoalan dan kemusykilan di hati.

Kebiasaan mereka yang bekerja di kawasan industri pasti menginginkan diri sendiri menerima ‘reward’ yakni makanan enak dan menyegarkan tubuh setelah seharian menggunakan tenaga fizikal dan mental. Nah, umpama pucuk dicita ulam mendatang, keberadaan pasar tani di kawasan industri ini sangat memenuhi citarasa mereka.

Pilih saja mahu makanan apa; Pada mereka yang gemarkan buah-buahan segar, di sini anda boleh memborong pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan lainnya untuk dibawa pulang. Sedap juga jikalau dapat buat air epal hijau dengan limau kasturi, kan? Ditambahkan dengan asam boi dan dituangkan beberapa kiub ais, slurrrppp! Lupa terus kepenatan bekerja tadi, kan?

Nak makan apam balik? Di sini ada pilihan, nak yang mini atau yang jumbo. Mungkin syif anda perlu bekerja hingga lewat malam di kilang, lalu memilih untuk menghabiskan waktu rehat dengan membeli lauk pauk dan juadah dari pasar tani, pasti akan buatkan anda rasa sedikit hilang lelah kepenatannya bukan. Umpama makan masakan yang dibawa dari rumah, rasa nasi berlauk dibeli tadi di pasar tani pasti membuatkan perut anda berbunyi riang tanpa rasa stress nak sambung kerja kembali. Paling seronok, bilamana dapat beli makanan yang masih panas, dan dimakan dengan penuh nikmat. Nasi putih dengan ayam cincang dekat pasar tani ini memang ho—liao. Mantop sungguh rasanya! Fuh, terus jadi semangat rasanya nak sambung kerja!

Sebelum pulang kerja, isteri ada pesan minta belikan lauk basah untuk dimasak malam nanti. Pasar tani di sini pun tutup jam 10 malam. Nasib baik masih sempat!

Nak beli aneka bawang, lobak merah dan sayuran hijau, dan juga buah nenas. Terbaiklah, semua ada di satu lokasi. Tak perlulah pening-pening sang suami nak ke kedai A, kedai B atau kedai C. Semuanya sekali harung saja. Nak ambil hati isteri pula, belikan dia nasi kerabu daging bakar, kambing grill dengan salad yang lazat, dan tapaukan beliau juga air cendol dalam cawan yang tak kedekut gula melakanya. Perghhh! Pasti sang isteri tersenyum simpul sampai ke esok hari! Seronok tau bila dapat beli jiwa sang isteri. Terima kasih Pasar Tani Taman Perindustrian Kinrara. Memang terbaik!

Jadual

Maklumat
Alamat Di kawasan perindustrian Bandar Kinrara, Puchong.
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran