PASAR TANI TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH

Maklumat Lanjut

“MENU BAJET DAN BERAROMA ENAK ADA DI SINI”

Pernah makan Baby Crab? Ayuh, alang-alang nak tahu fasal Baby Crab, baca artikel ini sampai habis. Mesti berjangkit rasa kecur-liurnya, pasti bukan sekadar nak cuba Baby Crab saja. Di pasar tani Sungai Kapar Indah ni, ada macam-macam menu enak tau; Ada yang baru sahaja ambil bau pun dah rasa tergoda.

Nah, contohnya Roti Pokis pelbagai perasa. Ada perasa kaya, kacang, chocolate rice dan banyak lagi. Kalau nak yang kosong je ada tak? Ada, tapi bukan roti pokis, tapi dipanggil Kuih Gandos. Wah, unik namanya. Mesti rasanya pun unik tapi enak, kan? Ya, memang cukup enak.

Anda sukakan sesuatu menu dalam kos bajet? Jom, cuba nasi lemak RM1. Biar betul ni masih ada nasi lemak harga murah macam ni!!! Ya, masih ada. Hanya di Pasar Tani Sungai Kapar Indah, memang terbaik. Selain itu, ada juga Putu Mayam Negaraku, Satay ayam dan daging, Nasi Goreng Ayam Madu, Aneka Roti Bun pelbagai rasa, Yong Taufu, Bihun Sup Daging, Pita Kebab dan banyak lagi. Semuanya sedap belaka!

Kalau nak beli ikan, di sini ada pilihan varieti. Ada ikan laut segar, ikan darat, dan juga tak ketinggalan ikan segar beku (Q-Fish). Pilihan buah-buahan tempatan segar pun sangat banyak di pasar tani ini selain turut terdapat gerai menjual buah-buahan kering dan makanan sunnah seperti kismis, kurma, kiwi kering, dan macam-macam lagi.

Jika anda seorang pembuat kek dan mahukan stok telur yang bersih dan diyakini sumbernya, marilah datang ke pasar tani ini. Ada pelbagai gred telur ayam seperti Gred A, gred B, Gred C dan termasuklah ayam kampung dan telur masin juga ada dijual di sini.

Rugi tak datang. Makanan dijual memang nyata sedap belaka. Ditambah lagi dengan sumber komoditi yang segar, terus dari ladang, varieti pilihan pelbagai dan yang pasti ianya adalah majoritinya hasil tempatan dan dipasarkan tanpa melibatkan campur-tangan pihak ketiga atau orang tengah.

Nak cari mercu tanda ke sana? Cari saja Sekolah Kebangsaan Sementa, Klang. Terus jumpa. Pasar Tani ini betul-betul berada di seberang jalan sekolah tersebut. Hari apa? Hari Selasa, jam 4.00 petang sehingga jam 10 malam sahaja. Jumpa anda di sana!

Jadual

Maklumat
Alamat BERHADAPAN SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENTA, KLANG & BERSEBELAHAN STESEN SHELL TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 10.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 6.90 7.30 0.40 15-11-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 15-11-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 15-11-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 15-11-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 15-11-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 15-11-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 15-11-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 15-11-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 15-11-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 15-11-2019
11 PISANG MAS KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 15-11-2019
12 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 15-11-2019
13 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 15-11-2019
14 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 15-11-2019
15 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 15-11-2019
16 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
17 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
18 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
19 DAGING PEJAL KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
20 IKAN CENCARU KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
21 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
22 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
23 IKAN SELAR KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
24 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
25 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
26 PISANG MAS KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
27 TELUR AYAM BIJI 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
28 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
29 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019
30 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 0.00 0.00 0.00 18-06-2019

Penginapan Berhampiran