PASAR TANI TAMAN SRI ANDALAS, KLANG

Maklumat Lanjut

“PILIHAN PASAR TANI YANG BIJAK DALAM SUASANA KESIBUKAN”

Klang merupakan Bandar Diraja yang saat ini cukup pesat dengan pembangunan. Justeru, populasi penduduk yang semakin bertambah membuatkan bandar ini sangat sesak apatah lagi diwaktu puncak iaitu waktu awal pagi dan petang selepas waktu pejabat.

Bagi penduduk sekitar Taman Sri Andalas, mereka sudah pasti telah lali dengan situasi ini. Apatah lagi, Taman Sri Andalas sangat berdekatan dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang iaitu hospital besar utama bukan hanya bagi penduduk Klang, namun juga bagi warga sekitarnya seperti Shah Alam dan Puchong

Pasar Tani Taman Sri Andalas, Klang ini dibuka seawal jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengahari setiap hari Ahad. Antara makanan popular di sini adalah seperti pecal, lempeng cicah sambal, murtabak marvellous, chicken chop dan terdapat juga aneka lemang, ketupat daun palas bersama lauk pauk seperti rendang daging dan macam-macam lagi.

Di sini, terdapat juga aneka komoditi popular seperti ikan laut, ikan darat, tanaman jangka pendek, sayur-sayuran segar dari ladang, buah-buahan segar, telur dan hasil tenusu, dan ada juga Q-Fish iaitu ikan segar yang disejuk-bekukan.

Ini sangat bersesuaian bagi anda yang jenis sangat sibuk tapi masih ada masa untuk memasak di rumah. Kalau nak cari ikan sejuk beku yang tahan lama, cubalah beli di gerai Q-Fish. Ikan segar yang disejuk-beku ini tahan lama tau, sampai dua tahun lamanya tanpa menjejaskan warna, rasa mahupun nutriennya.

Bagi yang dah biasa pergi ke pasar tani ini, mercu tanda seperti Restoran Anis D’Resto pasti dah biasa anda cam dan kenali. Pasar Tani Sri Andalas berada di hadapan barisan kedai sebaris restoran ini sahaja.

Jadual

Maklumat
Alamat BERHADAPAN POLIKLINIK PENAWAR & BERHAMPIRAN RESTORAN ANIS D’RESTO
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran