“Mengamit Kenangan Manis Anda”
Pasar Tani ini mula dibuka pada tahun 1998. Pasar Tani ini terletak ditengah-tengah pusat pendidikan yang terkenal di Negeri Terengganu iaitu Sek. Men. Keb Tengku Mahmood I & II serta berdekatan juga dengan Sek. Keb. Tengku Mahmood 1 jaraknya lebih kurang 300 meter sahaja.
Jarak pasar tani ini dengan Pasar Borong Lampu adalah 2km dan dengan Pasar Awam Kg Raja adalah 1.5km sahaja. Walaupun terletak berdekatan dengan pasar besar, pasar tani ini tetap menjadi pilihan pengunjung disebabkan produk-produk yang dijual disini segar dan menarik.
Sebagai contoh sayur dan ulaman kampung. Setiap kali operasi produk ini menjadi rebutan pengunjung kerana semua produk tersebut dipetik pada hari yang sama iaitu selepas subuh. Contoh ulam raja, pegaga, tenggek burong, pucuk midin, pucuk jambu golok, daun selom dan sebagainya.
Selain ulam-ulam kampung, menu makanan juga menjadi tarikan utama pengunjung datang kesini. Antara menu yang menjadi rebutan dan sebutan setiap kali operasi ialah tepong pasong, cek mek molek, puteri ayu, ketupat beras bersama sambal ikan dan tapai pulut.
Makanan seperti nasi kukus ayam goreng berempah, nasi lemak ikan aya, nasi dagang dan nasi kerabu turut dijual disini dan menjadi pilihan utama pengunjung pasar tani.
Pasar tani ini juga terletak berdekatan dengan tempat pelancongan yang menarik seperti Pantai Air Tawar, Bukit Keluang, Pantai Tok Bali Kelantan dan Jeti Pulau Pehentian.Jadi datang berkunjung ke pasar tani ini kerana ianya pasti mengamit satu kenangan manis kepada anda
Maklumat | |
---|---|
Alamat | Jalan Alor Lintang, Kuala Besut |
Waktu Perniagaan | Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad |
7.30 pg - 1.00 ptg |
Bil | Komoditi | Unit | Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) | Harga Pasar Awam (RM/KG) | Harga Penjimatan (RM/KG) | Tarikh Kemaskini |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | AYAM PROSES (STANDARD) | KILOGRAM | 6.60 | 7.00 | 0.40 | 15-01-2021 |
2 | DAGING PEJAL | KILOGRAM | 28.50 | 30.00 | 1.50 | 15-01-2021 |
3 | IKAN CENCARU | KILOGRAM | 9.50 | 10.00 | 0.50 | 15-01-2021 |
4 | IKAN KEMBUNG | KILOGRAM | 14.20 | 15.00 | 0.80 | 15-01-2021 |
5 | IKAN SELAR | KILOGRAM | 22.80 | 24.00 | 1.20 | 15-01-2021 |
6 | KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) | KILOGRAM | 4.70 | 5.00 | 0.30 | 15-01-2021 |
7 | TELUR AYAM | BIJI | 0.40 | 0.40 | 0.00 | 15-01-2021 |
8 | TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI | KILOGRAM | 2.40 | 2.80 | 0.40 | 15-01-2021 |
9 | TIMUN HIJAU CERAH | KILOGRAM | 3.60 | 4.00 | 0.40 | 15-01-2021 |
10 | TOMATO TANAH TINGGI | KILOGRAM | 8.50 | 9.00 | 0.50 | 15-01-2021 |