PASAR TANI BANGGOL INDAH

Maklumat Lanjut

“PASAR TANI BANGGOL INDAH: BIJAK MEMBELI..PASTI BERBALOI”

Pasar Tani Banggol Indah terletak hanya 2 KM dari Bandar Chukai Kemaman. Lokasinya amat strategik kerana berhampiran dengan Taman Perumahan Kg. Paya Berenjut. Jumlah usahawan di Pasar Tani seramai 46 orang. Pasar tani ini juga terletak hanya 1 Km dari sempadan Pahang dan Terengganu.

Pelbagai juadah dan produk segar ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan. Pasar Tani Banggol Indah juga menyediakan pelbagai juadah kuih-muih tradisisonal Negeri Terengganu seperti Kuih kole lemak, kuih tepung sagu, Tok Haji Serban, Lok lit, Jala Mas dan sebagainya.

Selain itu juga jualan Ikan segar menarik perhatian pengunjung kerana pelbagai pilihan ikan laut segar di tawarkan dari ikan rakyat hinggakan ikan pancing seperti ikan Tengiri, Ikan Merah, Ikan Bawal, Ikan yu dan lain-lain hasilan laut. Di Antara kemudahan yang ada sekitar pasar tani ini adalah Masjid Paya Berenjut, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kedai kedai makan dan Kompleks Rakan Muda Kemaman.

Makanan utama menjadi pilihan pengunjung adalah nasi kukus ayam goreng berempah. Ini kerana harga yang ditawarkan serendah RM4.00 sebungkus dengan lauk kuah kari ayam dan ulam-ulaman segar. Barangan Agromas juga turut dijual di pasar tani ini untuk memberi pilihan kepada pengunjung produk usahawan bimbingan FAMA

Jadi, datanglah ke Pasar Tani Banggol Indah kerana pelbagai menu di tawarkan dengan harga yang amat berpatutan dan ianya amat berbaloi di dalam memberi penjimatan kepada anda semua.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran Taman Perumahan Kg. Paya Berenjut
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
2.00 ptg - 9.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 8.10 8.50 0.40 01-11-2018
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 01-11-2018
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 01-11-2018
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 30.40 32.00 1.60 01-11-2018
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 01-11-2018
6 IKAN SELAR KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 01-11-2018
7 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 01-11-2018
8 PISANG MAS KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 01-11-2018
9 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 01-11-2018
10 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 01-11-2018
11 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 01-11-2018
12 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 01-11-2018
13 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 04-10-2018
14 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 26-04-2018
15 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 15-02-2018

Penginapan Berhampiran