“ UNIKNYA PASAR TANI BUKIT PAYONG “
Pasar Tani Bukit Payong mula beroperasi pada 1 Januari 1990. Lokasinya yang strategik berhampiran dengan Masjid Bukit Payong dan Pasar Awam Bukit Payong. Mudah diakses iaitu terletak antara laluan Kuala Terengganu – Kuala Berang. Jom kita menyingkap sedikit sejarah berhubung dengan tertubuhnya Pasar Tani Bukit Payong ini, pada peringkat awalnya bilangan peserta yang berniaga adalah seramai 60 orang dan sehingga ke hari ini Pasar Tani Bukit Payong masih beroperasi seperti biasa walaupun berlaku pengurangan daripada segi bilangan peserta yang meniaga. Bilangan peserta yang ada pada hari ini hanya seramai 17 orang peserta sahaja.
Emmm…apa yang boleh diperkatakan tentang apa yang menarik di Pasar Tani Bukit Payong. Tentu sekali yang bermain dikotak pemikiran kita ialah nama Pasar Tani itu sendiri. Apa yang menarik yang boleh dikongsikan bersama ialah dengan adanya jualan ikan air tawar di mana harganya yang lebih murah berbanding dengan harga pasaran.
Kemudahan yang boleh didapati di Pasar Tani Bukit Payong ialah adanya kemudahan Bank Simpanan Nasional, tandas awam, kedai makan, pejabat pos dan Masjid Bukit Payong. Secara tidak langsung, ianya menjana kepada perkembangan ekonomi penduduk tempatan.
Maklumat | |
---|---|
Alamat | Berhampiran dengan Masjid Bukit Payong, Bangunan Arked Mara |
Waktu Perniagaan | Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad |
7.30 pg - 1.00 ptg |
Bil | Komoditi | Unit | Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) | Harga Pasar Awam (RM/KG) | Harga Penjimatan (RM/KG) | Tarikh Kemaskini |
---|