PASAR TANI CHUKAI, KEMAMAN


Maklumat Lanjut


Anda pernah mendengar Pasar Tani Chukai ? Pernahkah anda berkunjung ke sana? Bagi yang pernah berkunjung tentu anda teruja kerana pelbagai komoditi jualan amat menarik ditawarkan dan salah satunya adalah kuih muih tradisional Terengganu.  Mungkin anda pernah mendengar dan merasa Kuih Bengkang, Tepung Pelita, Kuih Tepung Pasung yang jarang di dapati di mana-mana tempat sekitar Negeri Terengganu tetapi ada di jual di Pasar Tani Chukai. Inilah kehebatan dan tarikan yang ditawarkan oleh Pasar Tani Chukai yang terletak bersebelahan Masjid Jamek Sultan Ahmad Chukai kemaman.

Kemudahan- kemudahan yang ada di Pasar Tani Chukai ialah seperti Masjid, Taman Rekreasi, Perpustakaan Awam dan parkir pengunjung. Pasar Tani juga terletak hanya 500 meter dengan Pusat Bandar Chukai.

Oleh kerana Pasar Tani ini terletak  berhampiran Pusat Bandar Chukai, pelbagai kaum bertumpu di sini bagi mencari keperluan harian mereka selain bersantai di kawasan riadah yang berhampiran. Selain itu, kawasan Padang Astaka yang bersebelahan dengan tapak pasar tani juga merupakan tempat penduduk sekitar berjoging dan beriadah di waktu pagi.

Menu utama di Pasar Tani Chukai ini adalah  nasi dagang dan sata ikan. Kebiasaanya, pengunjung yang datang tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan Nasi Dagang  dan Sata Kemaman. Selain daripada itu, pelbagai  varieti ikan laut yang segar juga dijual di sini dengan harga yang amat berpatutan. Sumber bekalan ikan segar yang diperolehi adalah dari Jeti Kuala Kemaman dan Kuala Kertih.

Produk yang segar, makanan yang lazat dan harga yang berpatutan dapat menarik pengunjung perlbagai bangsa dan peringkat umur. Tiada alasan bagi anda untuk tidak mengunjungi Pasar Tani Chukai ini kerana inilah syurga keperluan dan citarasa anda. Datanglah beramai- ramai mengunjungi Pasar Tani Chukai Kemaman.   

Jadual

Maklumat
Alamat Bersebelahan Masjid Sultan Ahmad, Chukai Kemaman
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.30 pg - 1.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Image

Dataran Cukai

Dataran Chukai terletak di bandar Kemaman, Terengganu. 

View More

Image

Pantai Teluk Mak Nik

Bagaimana untuk ke Pantai Teluk Mak NikDari Bandar Chukai, pandu kenderaan ke arah Kuantan. Kira-kira 5-10 minit perjalanan, apabila tiba di Hentian Bas Ekspress / Masjid Geliga, belok ke kiri dan teruskan perjalanan sehingga anda menemui Pantai...

View More

Image

Kuala Kemaman

Kuala Kemaman

View More


Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 8.10 8.50 0.40 01-11-2018
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 01-11-2018
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 01-11-2018
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 30.40 32.00 1.60 01-11-2018
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 01-11-2018
6 IKAN SELAR KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 01-11-2018
7 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 01-11-2018
8 PISANG MAS KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 01-11-2018
9 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 01-11-2018
10 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 01-11-2018
11 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 01-11-2018
12 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 01-11-2018
13 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 04-10-2018
14 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 26-04-2018
15 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 15-02-2018

Penginapan Berhampiran

Image

Riverine Garden Hotel

Riverine Garden Hotel

View More

Image

Home 2 Hotel agoda

Designed for both business and leisure travel, Home 2 Hotel is ideally situated in Kemaman; one of the city's most popular locales. The excitement of the city center is only 0.2 km away. With its convenient location, the hotel offers easy access...

View More

Image

Kemaman Lodge & Cafe agoda

If what you're looking for is a conveniently located hotel in Kemaman, look no further than Kemaman Lodge & Cafe. From here, guests can enjoy easy access to all that the lively city has to offer. With its convenient location, the hotel offers...

View More