PASAR TANI GONG BADAK

Maklumat Lanjut

JUADAH MEMUKAU, HARGA BERPATUTAN ..!

Pasar Tani Gong Badak yang terletak di Daerah Kuala Nerus kini mengamit pengunjung pelbagai bangsa. Ini kerana pasar tani ini menawarkan pelbagai juadah dengan harga yang amat berpatutan. Diantara produk makanan yang di tawarkan adalah aneka nasi berlauk, aneka kuih muih tradisional dan moden, buah- buahan, sayur-sayuran, ikan laut dan air tawar serta haiwan ternakan dan peliharaan seperti anak itik, anak ayam, anak arnab, anak ikan, anak kucing dan sebagainya. Tarikan ini semestinya mengamit hati para ibu bapa untuk membeli pelbagai jenis anak binatang peliharaan yang comel kepada anak-anak mereka yang turut berkunjung di pasar tani ini.

Jualan Jimat Belanja Dapur (JBD) bagi pelbagai komoditi sayur, barangan runcit, ikan, dan ayam turut di tawarkan di Tani Gong Badak ini. JBD ini memberi penjimatan sebanyak 5-20 peratus bagi komoditi segar terpilih yang semestinya memberi penjimatan kepada pengunjung dalam mengurangkan kos sara hidup. Pasar Tani ini berhampiran dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)  dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang jaraknya lebih kurang 1 KM. Di antara fasiliti lain yanga ada adalah Bank-Bank, mesin ATM, masjid, surau dan tandas bagi memudahkan pengunjung semasa berbeli di pasar tani ini. Jadi...Jomlah berbelanja di Pasar Tani Gong Badak, barangannya segar dan murah!

Jadual

Maklumat
Alamat Berhadapan Tunas Manja 21300 Gong Badak, Kuala Nerus
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
2.00 ptg - 9.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 24-01-2021
2 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 24-01-2021
3 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 24-01-2021
4 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 24-01-2021
5 IKAN SELAR KILOGRAM 20.90 22.00 1.10 24-01-2021
6 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 24-01-2021
7 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 24-01-2021
8 PISANG MAS KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 24-01-2021
9 TELUR AYAM BIJI 0.30 0.30 0.00 24-01-2021
10 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 24-01-2021
11 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 24-01-2021
12 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 6.60 7.00 0.40 24-01-2021
13 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.60 8.00 0.40 21-01-2021
14 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 21-01-2021
15 DAGING PEJAL KILOGRAM 28.50 30.00 1.50 21-01-2021

Penginapan Berhampiran