PASAR TANI JALAN BUDIMAN

Maklumat Lanjut

DRIVE THRU: “MAKANAN RINGAN, PILIHAN RAMAI”

Kepenatan seharian kerja amat membebankan terutama bagi ibubapa untuk menyediakan juadah makanan kepada anak-anak.

Anda tidak perlu gusar kerana Pasar Tani Jalan Budiman, lokasinya yang terletak di Dataran Che Kundur, juga di tepi jalan laluan alternatif dari pusat bandar menyediakan pelbagai makanan ringan untuk santapan keluarga di sebelah petang dan malam.

Pasar tani ini juga terlalu mudah di kunjungi kerana ianya berdekatan Pantai Rekreasi Pantai Batu Buruk.

Walaupun pasar tani ini tidak menyediakan barangan basah, anda pastinya tidak merasa rugi untuk singgah berbelanja kerana juadah yang dijual oleh 23 peserta sudah cukup membuatkan anda sekeluarga merasa kenyang.

Mana tidaknya, dengan pelbagai air yang berwarna warni dan bermacam-macam rasa, itupun sudah cukup bagi anda menghilangkan rasa dahaga selepas kepenatan bekerja dengan waktu operasi pasar tani bermula jam 4.00 petang sehingga jam 7.00 petang setiap hari isnin.

Kanak-kanak pasti seronok andai ibubapa sering sahaja memanjakannya, bukan sahaja alat mainan yang diidamkan malahan makanan seperti dadih susu kambing dan pau cendawan viral pun sudah mampu membuatkan permata hati anda tersenyum riang selain kuih tradisional Terengganu seperti satar dan otak-otak.

Tidak ketinggalan, Yong Tau Foo mak janda yang dikenali seantero Kuala Terengganu turut dijual di pasar tani ini, malahan rata-rata peniaga di pasar tani ini adalah peramah dan mesra. Jadi tunggu apa lagi..Jom membeli di Pasar Tani Jalan Budiman.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran Sek. Men. Agama Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
2.00 ptg - 9.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran