PASAR TANI JERTEH

Maklumat Lanjut

“PASAR TANI JERTEH...PILIHAN HATI..PUAS HATI ”

Jerteh merupakan tempat perniagaan utama bagi Daerah Besut. Banyak pasaraya-pasaraya besar yang turut bersaing disini antaranya Pasaraya Giant, Pasaraya Pantai Timur, Econjaya, Kamdar, Hari-Hari, Court Mammont dan lain-lain lagi. Walaupun terdapat banyak pasaraya tetapi Pasar Tani Jerteh tetap menjadi pilihan utama penduduk sekitar daerah Besut.

Pasar Tani ini dibuka pada 23 Mei 2007 dan merupakan pasar tani terbesar untuk Daerah Besut. Ia juga terletak berhampiran dengan Masjid Hadhari Besut , Masjid Kayu di Seberang Jerteh dan Pengkalan Tentera Udara Gong Kedak yang jaraknya lebih kurang 12 km dari pasar tani.

Mengapa Pasar Tani Jerteh menjadi pilihan? Sebab produk-produk yang jual adalah segar, berkualiti, menarik dan harga berpatutan.

Belut segar  merupakan produk yang mendapat permintaan paling tinggi pada setiap kali operasi. Ini kerana khasiatnya yang tinggi dan pelbagai menu menarik dapat dihasilkan seperti sup, paprik, masak 3 rasa dan sebagainya.

Selain itu, produk  berasakan ubi kayu sangat popular di pasar tani ini. Banyak menu menarik yang disediakan antaranya ubi kayu kukus, pengat, tonyoh, getuk dan Boli.

Disamping itu, solok lada, putu piring & putu halba, etok-etok rebus juga ada di pasar tani ini. Pasar Tani ini juga turut menawarkan produk exotik seperti puyoh, itik sekati, daging rusa dan ayam ponde.

Pasar tani ini juga turut menjual perlbagai produk herba tradisional hasilan hutan buatan tangan orang kampung tanpa bahan pengawet. Khasiat herba tempatan ini di percayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Contoh herba Musai Kucing, Halia Bara, Tujuk Langit, Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan sebagainya.

Jadi.. kalau dah sampai daerah Besut,  jangan lupa datang ke Pasar Tani Jerteh!!!!

Jadual

Maklumat
Alamat Bersebelahan Pasar Awam & Pasaraya Giant Jerteh
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.30 pg - 1.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.40 7.80 0.40 19-07-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 19-07-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 28.50 30.00 1.50 19-07-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 19-07-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 19-07-2019
6 IKAN SELAR KILOGRAM 18.00 19.00 1.00 19-07-2019
7 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 19-07-2019
8 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 19-07-2019
9 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 19-07-2019
10 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 19-07-2019
11 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 12-07-2019
12 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 18.00 19.00 1.00 02-01-2019

Penginapan Berhampiran