PASAR TANI KAMPUNG MENERONG

Maklumat Lanjut

“PASAR TANI MENERONG, DAMAI DAN TENANG”

Pasar Tani Menerong Mula operasi pada 1 julai 2012 dan ianya terletak berhampiran masjid  dan klinik desa Kampung Menerong. Jarak antara Pasar Tani ini dengan pusat Bandar Kuala Berang adalah 20KM. Kampung ini juga menjadi laluan pilihan ke air Terjun Sekayu dan Hutan Belukar yang merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal Terengganu.

Antara keistimewaan Pasar Tani Menerong ialah memasarkan hasil pertanian yang segar. Ini kerana barangan yang dijual oleh peniaga pasar tani merupakan bekalan yang diambil terus dari ladang. Hasil pertanian seperti ulam-ulaman dan sayur-sayuran kampong banyak dijual dan ianya menjadi pilihan utama penduduk kampung disini di samping mendapatkan pelbagai bekalan keperluan harian.

Justeru,tidak hairan ada yang mengelarkan pasar tani ini sebagai “pasar mini” kerana  sebahagian besar peniaga dan pengunjung pasar tani ini terdiri daripada penduduk kampung sekitar. Menu utama di pasar tani ini ialah nasi ulam yang enak dan berkhasiat.

Diantara kemudahan yang disediakan di Pasar Tani Menerong ini ialah masjid, tandas awam, klinik desa, dewan orang ramai dan kedai makan. Kemudahan yang ada ini juga menarik tumpuan kepada penduduk kampung untuk berkunjung ke Pasar Tani Menerong ini. Ianya menjadikan satu medan pertukaran barang terutamanya hasil pertanian dan hasilan hutan yang didapati dari kawasan sekitar kampung ini.

Tarikan lain adalah Air Terjun Sekayu dan Hutan Belukar yang merupakan tempat riadah dan bermandi- manda. Air Terjun ini sentiasa di kunjungi oleh pengunjung dalam dan luar negeri  kerana ia berada di dalam hutan dara yang masih belum di terokai sepenuhnya.

Jadual

Maklumat
Alamat BANGUNAN SUB CENTRE PPK BUKIT DIMAN,KG MENERONG
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
2.00 ptg - 9.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 6.20 6.50 0.30 04-11-2018
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 04-11-2018
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 04-11-2018
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 28.50 30.00 1.50 04-11-2018
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 04-11-2018
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 04-11-2018
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 04-11-2018
8 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 04-11-2018
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 04-11-2018
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 04-11-2018
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 04-11-2018
12 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 1.70 2.00 0.30 04-11-2018
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 04-11-2018
14 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 04-11-2018

Penginapan Berhampiran