PASAR TANI KERTEH

Maklumat Lanjut

‘PASAR TANI KERTEH’ MEMANG BERBEZA

Pasar Tani Kerteh mula di tubuhkan  pada 11 Mei 1990. Seramai 114 orang usahawan terlibat menjalankan perniagaan di sini dan rata-rata purata pengunjung adalah sekitar 2000-3000 orang dalam satu masa.

Pasar tani ini terletak berhampiran Bandar Baru Kerteh dan Kawasan Petrolium Negara menjadikan kebanyakan pengunjung yang datang adalah daripada golongan ekpariat dan penduduk luar dari Negeri Terengganu. Migrasi ini menyebabkan perlbagai menu moden di tawarkan kepada pengunjung seperti chicken chop, chicken grill, lamp chock, Roti John, Apam Balik Viral, Nasi Mandy, Nasi Bukoli, minuman Coconut Shake, Manggo Shake dan sebagainya.

Menariknya Pasar Tani ini, anda boleh mendapat pelbagai produk yang jarang –jarang di temui di tempat lain sebagai contoh Nasi Lemak Puyuh Dara yang mana di sajikan  oleh seorang usahawan penternak puyuh yang tinggal di Kg. Bukit Anak Dara.

Kemudahan yang ada di Pasar Tani ini ianya berhampiran dengan Lapangan Terbang Kerteh, dimana sekiranya anda datang dari jauh menggunakan perkhidmatan Kapal Terbang ada boleh singgah di Pasar Tani ini kerana ianya tidak jauh dari situ.

Tarikan lain di  sekitar tapak pasar tani Kerteh ialah Pantai Kuala Kerteh yang pasirnya putih dan mendamaikan. Terdapat juga beberapa hotel bajet dan chalet sekitar pantai Kerteh yang boleh di sewa bersama rakan taulan dan sanak saudara.

Anda yang berkunjung ke Pasar Tani Kerteh akan memperolehi ikan laut yang segar kerana hasil tangkapan ikan yang di daratkan di jeti Kuala Kerteh yang tidak jauh dari tapak Pasar Tani ini. Kunjungilah Pasar Tani Kerteh, pasti anda akan gembira kerana keperluan dan kehendak anda pasti dipenuhi.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran laluan ke Lapangan Terbang Kerteh
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.30 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 8.10 8.50 0.40 01-11-2018
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 01-11-2018
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 01-11-2018
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 30.40 32.00 1.60 01-11-2018
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 01-11-2018
6 IKAN SELAR KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 01-11-2018
7 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 01-11-2018
8 PISANG MAS KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 01-11-2018
9 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 01-11-2018
10 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 01-11-2018
11 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 01-11-2018
12 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 01-11-2018
13 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 04-10-2018
14 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 26-04-2018
15 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 15-02-2018

Penginapan Berhampiran