PASAR TANI SEBERANG TAKIR

Maklumat Lanjut

Setibanya anda di Bandaraya Pesisir Air, tidak lengkap rasanya jika tidak singgah ke Pasar Tani Seberang Takir ini. Mula dibuka pada 29 Ogos 2016 dan beroperasi setiap Isnin bermula dari jam 3.30 petang hingga jam 8.30 malam.

Dengan bilangan peserta tetap seramai 80 orang dan 15 peserta promosi, adalah rugi seandainya anda tidak singgah ke sini untuk menikmati suasana pantai pada waktu petang sambil beriadah bersama keluarga selepas penat bekerja seharian.

Selain keropok lekor, juadah kuih-muih tradisional Terengganu turut disediakan dan juga ikan laut segar yang diperolehi dari jeti Seberang Takir.

Amat mudah kiranya untuk mencari Tapak pasar tani ini kerana lokasinya yang strategik berhampiran Pantai Teluk Ketapang dan pemandangan yang mendamaikan malah berdekatan dengan jeti bot penambang dari Seberang Takir ke Pusat Bandar pasti menjadi keutamaan bagi mereka yang suka berswafoto selain berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmod yang menjadi tarikan para pelancong asing dan tempatan.

Jemput datang deh, sebeloh rumah MB kiter je… kemah bohh…

Jadual

Maklumat
Alamat Tapak Pasar Minggu Kg. Baru Seberang Takir
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
4.00 ptg - 7.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES STANDARD KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 16-06-2021
2 BETIK KAMPUNG KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 16-06-2021
3 CILI MERAH MINYAK KILOGRAM 6.60 7.00 0.40 16-06-2021
4 DAGING LEMBU PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 16-06-2021
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 16-06-2021
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 16-06-2021
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 16-06-2021
8 IKAN SELAR KILOGRAM 22.80 24.00 1.20 16-06-2021
9 KUBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 16-06-2021
10 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 16-06-2021
11 TEMBIKAI MERAH TANPA BIJI KILOGRAM 2.40 2.80 0.40 16-06-2021
12 TIMUN HIJAU KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 16-06-2021
13 TOMATO (TANAH TINGGI) KILOGRAM 6.60 7.00 0.40 16-06-2021

Penginapan Berhampiran