“Pasar Tani Kampung Raja Pasti sentiasa di hati”
Pasar Tani Kampung Raja telah ditubuhkan pada 15 Februari 2009 dan telah disertai seramai 7 orang peserta. Pasar Tani ini ditubuhkan ditengah-tengah Pekan Kampung Raja, Besut. Lokasi pasar tani yang strategik di tengah-tengah Pekan Kampung Raja merupakan tarikan utama penduduk sekitar. Pasar tani ini juga terletak berhampiran dengan pejabat-pejabat pentadbiran Daerah Besut. Tujuan utama penubuhan pasar tani ini adalah untuk membantu penianga-peniaga kecil memasarkan produk ataupun hasil keluaran mereka. Antara menu utama yang unik terdapat di pasar tani Pasir Akar ialah ubi ketuk manis dan ubi ketuk gula Melaka.
Pasar tani ini menawarkan pelbagai makanan,kuih muih,buah-buahan, produk iks dan pelbagai sayuran. Antara makanan dan produk-produk yang dijual disini ialah ayam dan daging bakar madu, char kue, buah-buahan, produk-produk iks, hasil-hasil tangan orang kampung dan pelbagai lagi makanan tradisional.
Pasar Tani Kampung Raja juga berhampiran dengan kemudahan antaranya Masjid Nasirudin Shah, Klinik Kesihatan Kg. Raja,Balai Bomba, Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut, Pejabat Agama Islam Daerah Besut, Sekolah Kebangsaan Kg. Raja dan 2 stesen minyak.
Maklumat | |
---|---|
Alamat | Kg. Raja, Besut |
Waktu Perniagaan | Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad |
2.00 ptg - 9.00 mlm |
Bil | Komoditi | Unit | Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) | Harga Pasar Awam (RM/KG) | Harga Penjimatan (RM/KG) | Tarikh Kemaskini |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | AYAM PROSES (STANDARD) | KILOGRAM | 6.60 | 7.00 | 0.40 | 15-01-2021 |
2 | DAGING PEJAL | KILOGRAM | 28.50 | 30.00 | 1.50 | 15-01-2021 |
3 | IKAN CENCARU | KILOGRAM | 9.50 | 10.00 | 0.50 | 15-01-2021 |
4 | IKAN KEMBUNG | KILOGRAM | 14.20 | 15.00 | 0.80 | 15-01-2021 |
5 | IKAN SELAR | KILOGRAM | 22.80 | 24.00 | 1.20 | 15-01-2021 |
6 | KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) | KILOGRAM | 4.70 | 5.00 | 0.30 | 15-01-2021 |
7 | TELUR AYAM | BIJI | 0.40 | 0.40 | 0.00 | 15-01-2021 |
8 | TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI | KILOGRAM | 2.40 | 2.80 | 0.40 | 15-01-2021 |
9 | TIMUN HIJAU CERAH | KILOGRAM | 3.60 | 4.00 | 0.40 | 15-01-2021 |
10 | TOMATO TANAH TINGGI | KILOGRAM | 8.50 | 9.00 | 0.50 | 15-01-2021 |