PASAR TANI KT WALK


Maklumat Lanjut


“MENGAMIT MEMORI INDAH”

Anda pasti terpaut disini. Pasar tani ini pasti menjanjikan pelbagai kenangan manis. Suanananya sungguh cantik dan romantik. Bermandikan cahaya lampu-lampu neon di waktu malam yang menghiasi Bandar Kuala Terengganu dan pelbagai acara kebudayaan disediakan kepada para pengunjung. Pasar Tani KT Walk di buka secara rasmi pada bulan Mei 2015. 

Inisiatif pembukaan Pasar Tani ini adalah daripada ilham Datuk Bandar Terengganu untuk menghidupkan kemeriahan suasana malam di Bandar Kuala Terengganu setanding dengan Wakaf Che Yeh, Kelantan dan Up Town Kuala Lumpur. Lot-lot niaga dilaksanakan secara NBOS dimana FAMA, Jabatan Pertanian, Yayasan Pembangunan Usahawan dan NGO bergabung mempromosikan produk mereka dengan harga yang berpatutan.

Diantara menu yang ditawarkan di Pasar Tani KT Walk adalah Makanan Tradisional Terengganu seperti laksa Terengganu, Laksam, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Minyak dan sebagainya. Di Lot niaga FAMA pula menjanjikan pilihan seperti buah-buahan, roti dan bakeri, pelbagai aneka kuih-muih, ikan hiasan, haiwan ternakan dan pokok-pokok herba dan bunga. 

Menu pilihan utama di pasat tani ini adalah strawberry cokelat. Rasanya sungguh enak, menarik hati pengunjung dan harga amat berpatutan. Sumber bekalan dari Cameron Highlands dan ianya menjadi pilihan anak-anak muda yang berkunjung ke sini. 

Tarikan lain di Pasar Tani ini adalah persembahan busking, tarian tradisonal, persembahan badut dan pameran-pameran teknologi baru membuatkan pengunjung memilih berbelanja di sini. Pasar Tani KT Walk pasti mengamit kenangan indah anda selamanya.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhadapan Bangunan MBKT, Pusat Bandar Kuala Terengganu
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
2.00 ptg - 9.00 mlm

Tarikan Berhampiran


Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran

“MENGAMIT MEMORI INDAH”

Anda pasti terpaut disini. Pasar tani ini pasti menjanjikan pelbagai kenangan manis. Suanananya sungguh cantik dan romantik. Bermandikan cahaya lampu-lampu neon di waktu malam yang menghiasi Bandar Kuala Terengganu dan pelbagai acara kebudayaan disediakan kepada para pengunjung. Pasar Tani KT Walk di buka secara rasmi pada bulan Mei 2015. Iniseatif pembukaan Pasar Tani ini adalah daripada ilham Datuk Bandar Terengganu untuk menghidupkan kemeriahan suasana malam di Bandar Kuala Terengganu setanding dengan Wakaf Che Yeh, Kelantan dan Up Town Kuala Lumpur. Lot-lot niaga dilaksanakan secara NBOS dimana FAMA, Jabatan Pertanian, Yayasan Pembangunan Usahawan dan NGO bergabung mempromosikan produk mereka dengan harga yang berpatutan.

Diantara menu yang ditawarkan di Pasar Tani KT Walk adalah Makanan Tradisional Terengganu seperti laksa Terengganu, Laksam, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Minyak dan sebagainya. Di Lot niaga FAMA pula menjanjikan pilihan seperti buah-buahan, roti dan bakeri, pelbagai aneka kuih-muih, ikan hiasan, haiwan ternakan dan pokok-pokok herba dan bunga. Menu pilihan utama di pasat tani ini adalah strawberry cokelat. Rasanya sungguh enak, menarik hati pengunjung dan harga amat berpatutan. Sumber bekalan dari Cameron Highlands dan ianya menjadi pilihan anak-anak muda yang berkunjung ke sini. Tarikan lain di Pasar Tani ini adalah persembahan busking, tarian tradisonal, persembahan badut dan pameran-pameran teknologi baru membuatkan pengunjung memilih berbelanja di sini. Pasar Tani KT Walk pasti mengamit kenangan indah anda selamanya.