PASAR TANI KUALA BERANG

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Kuala Berang yang terletak berhadapan dengan Politeknik Hulu Terengganu dan juga berhampiran dengan lokasi sejarah terkenal penemuan Batu Bersurat di Kg Buluh yang merupakan pengkisahan kedatangan Islam awal ke Tanah Melayu.

Pelbagai juadah dan produk segar ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan. Pasar Tani Kuala Berang juga menyediakan pelbagai juadah kuih-muih tradisisonal Negeri Terengganu seperti susu kerbau masam, Kuih kole lemak, kuih tepung sagu, Tok Haji Serban, Lok lit, Jala Mas dan sebagainya.

Selain itu juga jualan Ikan segar menarik perhatian pengunjung kerana pelbagai pilihan ikan laut segar di tawarkan dari ikan rakyat hinggalah ke ikan pancing seperti ikan Tengiri, Ikan Merah, Ikan Bawal, Ikan yu dan lain-lain hasilan laut lagi.

Anda boleh bersiar - siar di sekitar Bandar Kuala Berang kerana tapak Pasar Tani ini terletak di tengah Bandar dan Pusat Perniagaan.Taman Rekreasi pun tidak jauh dari tapak  Pasar Tani ini bagi anda yang ingin beriadah.

Tidak sukar untuk anda yang baru pertama kali mahu ke sini kerana Pasar Tani ini berhampiran dengan stesen bas dan teksi Kuala Berang (Hentian Kuala Berang). Jadi, datanglah ke Pasar Tani Kuala Berang ini kerana pelbagai menu di tawarkan dengan harga yang amat berpatutan dan ianya amat berbaloi.

Jadual

Maklumat
Alamat Belakang Pejabat Pos Kuala Berang
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.30 pg - 1.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 6.20 6.50 0.30 04-11-2018
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 04-11-2018
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 04-11-2018
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 28.50 30.00 1.50 04-11-2018
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 04-11-2018
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 04-11-2018
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 04-11-2018
8 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 04-11-2018
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 04-11-2018
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 04-11-2018
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 04-11-2018
12 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 1.70 2.00 0.30 04-11-2018
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 04-11-2018
14 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 04-11-2018

Penginapan Berhampiran