“KEPERLUAN DAN KEHENDAK BERTEMU DISINI”
Anda nak pergi ke Pulau Perhentian?... nanti dulu boh.. mari singgah ke Pasar Tani Kuala Besut dulu.. beli makanan untuk dibuat bekal di sana nanti. Tak jauh.. lebih kurang 500 meter saja dari jeti ke Pasar Tani ini.
Pasar Tani ini mula beroperasi pada 1 Januari 1990. Terletak berhampiran Stesyen Bas Baru, Pasar Awam, Pasaraya Pantai Timur Kuala Besut dan kompleks pendaratan ikan LKIM.
Bagi pengunjung-pengunjung yang mahukan sayur-sayuran dan ulam-ulaman kampung seperti pucuk keledek, pucuk labu, pucuk paku dan jantung pisang ada dijual disini. Selain itu juga terdapat hasil laut yang segar dibawa terus dari pengkalan ke Pasar Tani ini yang ditawarkan dengan harga sangat berpatutan.
Tarikkan utama pengunjung ke pasar tani ini adalah makanan. Pelbagai makanan tradisional dan terkini ada dijual disini, antaranya laksa penang, laksa lemah, laksam, somtam, ayam bakar madu, takoyaki, nasi dagang dan pelbagai kuih muih menarik ada disini. Disini juga terdapat pelbagai jenis minuman yang menarik antaranya teh ais vanilla, cendol, air kelapa dan banyak lagi.
Jadi untuk anda semua, jangan lupa untuk singgah ke Pasar Tani Kuala Besut ini jika datang ke Negeri Terengganu.