PASAR TANI KUALA PING

Maklumat Lanjut

“PASAR TANI KUALA PING GERBANG PUSAT BEBAS CUKAI KENYIR”

Pasar Tani Kuala Ping ini di buka pada 18 Jun 2010 beroperasi setiap Jumaat bermula jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dengan di sertai seramai 40 usahawan tetap. Pasti anda tertanya-tanya dimanakah Kuala Ping? Bak kata pepatah melayu “tak kenal maka tak cinta”. Kuala Ping terletak di dalam Daerah Hulu Terengganu, Kuala Ping menyimpan begitu banyak khazanah alam semulajadi, suasana kampung kampung tradisional, udara yang segar dan nyaman mendamaikan setiap hati yang berkunjung ke sini. Kuala Ping merupakan laluan masuk Tasik Kenyir dan laluan singkat ke Cameron Highlands dari Terengganu.

Antara keistimewaan Pasar Tani Kuala Ping adalah produk hasilan hutan yang terjamin kesegarannya. Hasilan hutan seperti ulam-ulaman dan dan buah-buahan nadir seperti buah jambu arang, buah ket kut, sentul, cermai, buah katak puru dan lain-lain lagi.

Pasar ini juga menawarkan menu unik yang  sukar di temui lagi seperti lemang kendi kera, ketupat periuk kera, air manisan tebu dan bermacam-macam lagi.Lemang kendi kera menggunakan kendi kera atau periuk kera menjadikan ianya salah satu daya menarik para pengunjung ke pasar tani ini. Kebiasaanya lemang ini di makan bergitu sahaja atau bersama serunding ikan dan daging.

Diantara  kemudahan awam yang ada di pasar tani ini ialah tandas awam, medan selera, Masjid Besar Kuala Ping dan dewan orang ramai. Tempat yang menjadi tarikan utama disini adalah Tasik Kenyir dan Kawasan Bebas Cukai Kenyir. Tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia terbesar di Malaysia turut menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan alam semulajadi seperti memancing ,hiking, melawat pulau-pulau di dalam tasik dengan house boat dan pelbagai aktiviti lagi ada disediakan.

Jadual

Maklumat
Alamat Tapak Pasar Malam Kg. Kuala Ping, Hulu Terengganu
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.30 pg - 1.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 6.20 6.50 0.30 04-11-2018
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 04-11-2018
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 04-11-2018
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 28.50 30.00 1.50 04-11-2018
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 04-11-2018
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 04-11-2018
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 04-11-2018
8 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 04-11-2018
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 04-11-2018
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 04-11-2018
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 04-11-2018
12 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 1.70 2.00 0.30 04-11-2018
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 04-11-2018
14 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 04-11-2018

Penginapan Berhampiran