PASAR TANI PADANG HILIRAN

Maklumat Lanjut

“MEMBELI DISINI, ANDA PASTI PUAS HATI”

Pasar Tani Padang Hiliran mula beroperasi pada 8 Mei 1986, merupakan Pasar Tani pertama yang ditubuhkan di Negeri Terengganu. Pada awal pembukaannya hanya seramai 50 orang usahawan dan kini mencecah 125 orang usahawan setelah mendapat sambutan yang amat menggalakan. Walaupun lokasi Pasar Tani Padang Hiliran bersebelahan Pasaraya Giant dan Mydin, namum kehadiran pengunjung seramai 2000 hingga 3000 orang setiap kali operasi menjadikan Pasar Tani ini pilihan utama mereka di dalam mendapatkan produk segar.

Pasar Tani Padang Hiliran menjanjikan pelbagai menu unik Terengganu untuk pelancong luar dan dalam negeri seperti kuih raja mas, ketupat daun tebu, ketupat palas, karipap serunding ikan dan lain-lain lagi.

Antara makanan yang popular di pasar tani ini ialah Mas sejemput yang diperbuat daripada kuning telur dan air gula. Rasanya manis dan lemak serta mempunyai bentuk yang cantik. Enak dimakan pada bila-bila masa dan merupakan makanan tradisional Terengganu.

Selain itu, menu kambing bakar juga antara tarikkan utama pengunjung ke pasar tani ini. Ini kerana Pasar Tani Padang Hiliran juga merupakan tempat pertemuan dan temujanji pesara-pesara kerajaan sambil bersarapan pagi di sini.

Tarikan sekitar Pasar Tani Padang Hiliran adalah Taman Rekreasi Bukit Besar, Panorama Jambatan Sultan Mahmud dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man. Tempat ini mudah di kunjungi kerana lokasi yang strategik serta kemudahan pangkir kereta yang luas disediakan untuk pengunjung.

Jadi datanglah berkunjung ke Pasar Tani Padang Hiliran kerana anda membeli dan pasti puas hati.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran dengan Terengganu Trade Centre & Perpustakaan Negeri Terengganu
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.30 pg - 1.00 ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 18-07-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 18-07-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 18-07-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 28.50 30.00 1.50 18-07-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 18-07-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 18-07-2019
7 IKAN SELAR KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 18-07-2019
8 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 18-07-2019
9 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 18-07-2019
10 PISANG MAS KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 18-07-2019
11 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 18-07-2019
12 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 18-07-2019
13 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 18-07-2019
14 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.10 3.50 0.40 18-07-2019
15 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 14.20 15.00 0.80 26-06-2019

Penginapan Berhampiran