PASAR TANI PANTAI PENUNJUK KIJAL

Maklumat Lanjut

“SAMBIL MEMBELI, SAMBIL BERISTIREHAT”

Pasar Tani Pantai Penunjuk merupakan pasar tani yang paling hampir dengan pesisir air pantai di mana jaraknya hanyalah 100 meter. Suasana pasar tani ini sungguh mendamaikan, pepohon nyiur melambai lambai, angin sepoi-sepoi bahasa dan pasir pantai memutih pasti memukau pengunjung yang hadir. Pasar Tani Pantai Penunjuk juga amat sesuai untuk seisi keluarga untuk beriadah kerana terdapat sebatang anak sungai  yang menghubungkan pantai  untuk bermandi manda dan berkelah.

Pelbagai menu menarik yang di tawarkan di pasar tani pantai penunjuk dan di antaranya makanan tradusional Terengganu seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi kerabu, kuih lopat tikam, mek comel, puteri ayu, kuih bunga dan sebagainya. Selain itu juga pasar tani ini turut menawarkan komoditi segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan laut segar dan ayam proses.Harga yang di tawarkan amat berpatutan

Pasar Tani Pantai Penunjuk juga mempunyai kemudahan lain seperti parkir kereta, surau, tandas, medan selera dan wakaf wakaf untuk beristihat dan tempat berteduh sambil menikmati keindahan Pantai Penunjuk. Jadi kepada pengunjung yang datang ke Negeri Terengganu dan daerah Kemaman, silalah mengambil peluang untuk mengunjungi Pasar Tani Pantai Penunjuk kerana pastinya menjanjikan satu kenangan indah dalam percutian semua.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran Gerai MPK Pantai Penunjuk Kijal
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
2.00 ptg - 9.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran

“SAMBIL MEMBELI, SAMBIL BERISTIREHAT”

Pasar Tani Pantai Penunjuk merupakan pasar tani yang paling hampir dengan pesisir air pantai di mana jaraknya hanyalah 100 meter. Suasana pasar tani ini sungguh mendamaikan, pepohon nyiur melambai lambai, angin sepoi-sepoi bahasa dan pasir pantai memutih pasti memukau pengunjung yang hadir. Pasar Tani Pantai Penunjuk juga amat sesuai untuk seisi keluarga untuk beriadah kerana terdapat sebatang anak sungai  yang menghubungkan pantai  untuk bermandi manda dan berkelah. 

Pelbagai menu menarik yang di tawarkan di pasar tani pantai penunjuk dan di antaranya makanan tradusional Terengganu seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi kerabu, kuih lopat tikam, mek comel, puteri ayu, kuih bunga dan sebagainya. Selain itu juga pasar tani ini turut menawarkan komoditi segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan laut segar dan ayam proses.Harga yang di tawarkan amat berpatutan.