PASAR TANI KEKAL KERTEH

Maklumat Lanjut

Pasar Tani Kekal (PTK) Kerteh, Terengganu telah mula beroperasi pada 10 April 2018. Menariknya PTK Kerteh ini kerana beroperasi pada setiap hari. Barangan yang dipasarkan adalah segar dan dijual dengan harga yang berpatutan seperti hasil tangkapan ikan laut yang didaratkan di Jeti Kuala Kertih dan dijual terus ke PTK Kerteh.

Antara kemudahan yang ada di PTK Kerteh ialah kawasan letak kereta yang mencukupi, medan selera, surau dan tandas. Selain itu, ianya berhampiran dengan Lapangan Terbang Kerteh, dimana sekiranya anda datang menggunakan Kapal Terbang anda boleh singgah di PTK Kerteh yang terletak hanya 4 kilometer daripada LapanganTerbang.

Tarikan lain di  sekitar PTK Kerteh sudah semestinya Pantai Kuala Kerteh yang pasirnya putih dengan deruan ombak yang mendamaikan dan menarik pandangan. Beberapa hotel bajet dan chalet yang terdapat di sekitar pantai Kerteh, memudahkan anda bermalam di sini bersama rakan-rakan dan keluarga.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran laluan ke Lapangan Terbang Kerteh
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
7.00pg-3.00ptg

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 8.10 8.50 0.40 01-11-2018
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 4.70 5.00 0.30 01-11-2018
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 01-11-2018
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 30.40 32.00 1.60 01-11-2018
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 01-11-2018
6 IKAN SELAR KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 01-11-2018
7 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 01-11-2018
8 PISANG MAS KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 01-11-2018
9 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 01-11-2018
10 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.10 2.50 0.40 01-11-2018
11 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 01-11-2018
12 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 01-11-2018
13 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 04-10-2018
14 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 26-04-2018
15 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 15.20 16.00 0.80 15-02-2018

Penginapan Berhampiran