PASAR TANI PASIR AKAR, BESUT

Maklumat Lanjut

“Makanan Tradisional Makanan Untuk Semua”

Pasar Tani Pasir Akar ditubuhkan pada 19 September 2016 dan mempunyai seramai 20 orang usahawan dari Daerah Besut. Pasar Tani ini ditubuhkan bagi memudahkan penduduk sekitar membeli bekalan keperluan harian dengan lebih mudah dan dekat.

Pasar tani ini menawarkan pelbagai makanan, kuih muih, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk IKS. Antara makanan dan kuih muih yang ditawarkan ialah ayam dan daging bakar madu, char kue, buah-buahan dan pelbagai lagi.

Antara menu utama yang unik terdapat di Pasar Tani Pasir Akar ialah ubi ketuk manis dan ubi ketuk gula Melaka. Menu makanan ini berasaskan ubi kayu dan dicelup tepung sebelum digoreng mendapat tarikan daripada pengunjung yang hadir.

Pasar Tani ini juga terletak disebelah jalan utama yang menghubungkan antara Hulu Besut dan Pusat Bandar Jerteh yang juga merupakan laluan utama untuk ke kawasan air terjun atau kolam air panas di Hulu Besut dan dalam jarak 15 kilometer dari Pasar Tani ini anda boleh sampai ke Air Terjun Lata Tembakah dan Kolam Air Panas La.

Jadual

Maklumat
Alamat Kg Pasir Akar, Besut
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
2.00 ptg - 9.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.40 7.80 0.40 19-07-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 19-07-2019
3 DAGING PEJAL KILOGRAM 28.50 30.00 1.50 19-07-2019
4 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 19-07-2019
5 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 19-07-2019
6 IKAN SELAR KILOGRAM 18.00 19.00 1.00 19-07-2019
7 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 19-07-2019
8 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 19-07-2019
9 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 19-07-2019
10 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 19-07-2019
11 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 12-07-2019
12 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 18.00 19.00 1.00 02-01-2019

Penginapan Berhampiran