PASAR TANI PERMINT JAYA

Maklumat Lanjut

“PASAR TANI PERMINT JAYA SUNGGUH MEMPERSONAKAN”

Pasar Tani Permint Jaya mula beroperasi pada 8 Mei 2000 dengan jumlah peserta seramai 60. Lokasi pasar tani Permint Jaya bersebelahan Taman perumahan Permint Jaya dan My Farm Outlet Chendering.

Pasar Tani Permint Jaya turut menjanjikan pelbagai menu unik Negeri Terengganu untuk pelancong dalam dan luar negeri seperti kuih lompak tikam, akok, lok lit, paun nyiur, ketupat daun palas, qasidah, cara berlaut dan sebagainya. Kuih-kuih ini menjadi pilihan sebagai menu bersarapan pagi dan petang.

Pasar Tani Permint Jaya juga turut menawarkan buah-buahan tempatan mengikut musim. Sebagai contoh buah durian kampung, rambutan dan duku langsat. Selain itu juga sayur-sayuran juga adalah hasil tempatan dimana bekalan di perolehi di kawasan sekitar kebun Bukit Korr dan Banggol Katong.

Tarikan sekitar Pasar Tani Permint Jaya adalah Pantai Pandak, Istana Syarqiyah dan Kompleks Batik Nor Arfa. Pantai Pandak Terkenal dengan kejernihan air pantai, pasir yang memutih dan pohon nyiur melambai-lambai. Pantai ini juga satu ketika dahulu pernah di jadikan lokasi shooting filem “Hikayat Merong Mahawangsa”.

Jadi jika berkunjung ke Kuala Terengganu, Singgahlah sebentar ke Pasar Tani Permint Jaya kerana juadah yang ada disini merupakan kuih muih warisan Negeri Terengganu yang sukar di dapati di mama-mana tempat. Jadi jangan lepaskan peluang berkunjung ke sini.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran dengan Myfarm Outlet Chendering Taman Permint Jaya Cendering, Kuala Terengganu
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
8.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES (STANDARD) KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 14-11-2019
2 BETIK KAMPUNG / PANJANG KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 14-11-2019
3 CILI MERAH (TEMPATAN/MINYAK) KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 14-11-2019
4 DAGING PEJAL KILOGRAM 28.50 30.00 1.50 14-11-2019
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 9.50 10.00 0.50 14-11-2019
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 14-11-2019
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 14-11-2019
8 IKAN SELAR KILOGRAM 17.10 18.00 0.90 14-11-2019
9 KOBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 14-11-2019
10 NANAS JOSAPINE KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 14-11-2019
11 PISANG MAS KILOGRAM 5.70 6.00 0.30 14-11-2019
12 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 14-11-2019
13 TEMBIKAI NEW DRAGON TANPA BIJI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 14-11-2019
14 TIMUN HIJAU CERAH KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 14-11-2019
15 TOMATO TANAH TINGGI KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 14-11-2019

Penginapan Berhampiran