“MYFARM OUTLET-PERTAMA DI TERENGGANU”
Myfarm Outlet Chendering memulakan operasi pada 26 Ogos 2017. Seramai 16 peserta menawarkan pelbagai komoditi jualan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan laut dan air tawar, santan, telur, produk hasilan laut, daging, ayam proses, barangan runcit dan produk industri asas tani. Harga yang di tawarkan amat berpatutan dan suasana urusniaga bersih dan selesa. Pelbagai kemudahan di sediakan seperti paparan perbandingan harga, troli, bakul barangan, peti cadangan, tandas dan kemudahan parkir kereta.
MFO Chendering juga menjalankan aktiviti pemborongan di mana institusi pengajian awam dan swasta seperti UiTM, Kolej Komuniti dan sekolah berhampiran mendapatkan keperluan harian di sini. Selain itu juga pelanggan premis perniagaan seperti restoren, resort, kedai makanan dan minuman, kedai runcit juga membuat pembelian di MFO Chendering kerana kualiti dan kesegaran produk terjamin. Ia juga di kenali sebagai medan penerimaan barangan bagi tempahan secara online atau melalui telefon. Secara kesimpulannya MFO Chendering boleh dikatakan satu pasar moden yang teratur dan ianya merupakan satu medan petemuan di antara pengeluar dan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan dengan lebih selesa, kualiti terjamin dan harga berpatutan.