PASAR TANI RTC DUNGUN

Maklumat Lanjut

“SUASANA MENARIK, BERBELANJA SAMBIL BERSANTAI”

Pasar Tani RTC diwujudkan secara NBOS bersama pihak RTC Terengganu dan FAMA. Pasar Tani RTC ini di buka pada 8 September 2016. Beroperasi setiap hari Rabu bermula jam 3.00 petang sehingga 9.00 malam. Seramai 22 orang peserta Pasar tani telah bergabung dengan 12 orang peserta Uptown yang menjual pelbagai jualan dan produk yang mampu menarik penduduk sekitar dan penduduk kampung berhampiran. Antara produk yang dijual daripada produk segar seperti ikan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, pelbagai juadah makanan sehinggalah pakaian dan kosmetik.

Selain barangan yang pelbagai di jual, Pasar Tani RTC juga dikelilingi dengan pelbagai Infrastruktur bagi kemudahan orang ramai seperti Masjid, Bank, Tandas Awam dan Taman Permainan kanak-kanak serta RTC Terengganu sendiri tersedia Jabatan Kerajaan yang menawarkan perkhidmatan dan urusan berkaitan seperti Klinik, Koperasi, Imigresen, TEKUN dan sebagainya. Tidak Jauh dari lokasi Pasar Tani ini pengunjung boleh menikmati suasana menarik kerana terdapat sebuah tasik untuk bersantai dan bersiar-siar berhampiran Balai orang Ramai (Balora). Bagi kaki pancing pula, tasik ini sesuai untuk aktiviti tersebut kerana pihak berkuasa tempatan telah menyediakan kemudahan seperti tempat duduk dan jambatan bagi aktiviti memancing ini. Dengan erti kata lain Pasar Tani RTC adalah tempat yang ideal untuk berbelanja sambil beriadah. Marilah datang beramai-ramai memeriahkan Pasar Tani RTC Terengganu. Tenangkan fikiran anda sambil berbelanja di Pasar tani RTC Terengganu.

Jadual

Maklumat
Alamat RTC Terengganu, Bandar Al Muktafibillah Shah
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
2.00 ptg - 9.00 mlm

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini

Penginapan Berhampiran