PASAR TANI UNISZA

Maklumat Lanjut

“KERANA EVOLUSI, KUIH TALAM DIKENALI”

Talam Butterscotch, Talam diraja, Talam Cendol, Talam Masam Manis, Talam Gula Melaka adalah jenis salah satu kuih muih yang terdapat di Pasar Tani Masjid  Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Kuih ini merupakan kuih yang diidamkan mereka saban minggu.

Dengan keunikan nama dan warna yang begitu ceria, kuih talam ini bukan sahaja menarik minat mereka yang hadir mentelaah ilmu agama di masjid malahan pelbagai peringkat umur penduduk di sekitar Universiti Sultan Zainal Abidin.

Rata-rata pengunjung yang datang mendapatkan kuih kegemaran mereka tidak pernah merasa rugi kerana bukan sahaja dapat menikmati kuih kegemarannya itu sekali sahaja seminggu namun dapat jua menambahkan ilmu agama dengan mendengar kuliah agama melalui corong pembesar masjid.

Malahan,kemudahan infrastruktur awam seperti mesin ATM dan parkir yang luas disediakan, menjadikan pasar tani ini lebih popular sehingga masa operasi baru yang di tetapkan oleh pihak FAMA bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari setiap hari jumaat terpaksa dipanjangkan sehingga jam 3 petang kerana sambutan yang amat menggalakkan.

Terletaknya di parkir berhadapan Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Kuala Nerus, Pasar Tani UNISZA dikenali ramai dengan panggilan pasar tani masjid sejak pembukaannya pada Januari 2017 dengan jumlah peserta kini seramai 25 orang dengan menjual pelbagai jenis juadah makanan termasuk makanan tradisional Terengganu dan minuman berkhasiat.

Kini pasar tani Masjid Unisza menjadi tumpuan orang ramai setiap hari Jumaat untuk berkunjung mendapatkan menu yang di ingini.

Ingat ceramah,ingat lah pasar tani….jom meriahkan bersama.

Jadual

Maklumat
Alamat Berhampiran Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Kuala Nerus
Waktu Perniagaan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
8.00 pg - 12.00 tgh

Tarikan Berhampiran

Harga Panduan

Bil Komoditi Unit Harga Panduan Pasar Tani (RM/KG) Harga Pasar Awam (RM/KG) Harga Penjimatan (RM/KG) Tarikh Kemaskini
1 AYAM PROSES STANDARD KILOGRAM 7.10 7.50 0.40 16-06-2021
2 BETIK KAMPUNG KILOGRAM 4.00 4.50 0.50 16-06-2021
3 CILI MERAH MINYAK KILOGRAM 6.60 7.00 0.40 16-06-2021
4 DAGING LEMBU PEJAL KILOGRAM 32.30 34.00 1.70 16-06-2021
5 IKAN CENCARU KILOGRAM 11.40 12.00 0.60 16-06-2021
6 IKAN KEMBUNG KILOGRAM 19.00 20.00 1.00 16-06-2021
7 IKAN KEMBUNG/PELALING KILOGRAM 13.30 14.00 0.70 16-06-2021
8 IKAN SELAR KILOGRAM 22.80 24.00 1.20 16-06-2021
9 KUBIS BULAT (TANAH TINGGI) KILOGRAM 2.70 3.00 0.30 16-06-2021
10 TELUR AYAM BIJI 0.40 0.40 0.00 16-06-2021
11 TEMBIKAI MERAH TANPA BIJI KILOGRAM 2.40 2.80 0.40 16-06-2021
12 TIMUN HIJAU KILOGRAM 3.60 4.00 0.40 16-06-2021
13 TOMATO (TANAH TINGGI) KILOGRAM 6.60 7.00 0.40 16-06-2021

Penginapan Berhampiran